Program Malam Kesenian di Karnival Kerjaya & Makanan 2023

KOTA BHARU, 15 Januari - Persatuan EconBiz (Economic Business) UiTM Cawangan Kelantan Kampus Kota Bharu telah mengadakan Program Karnival Kerjaya & Makanan 2023 anjuran bersama Majlis Perwakilan Pelajar UiTM Cawangan Kelantan 2022/2023 pada 21 Disember 2023 sehingga 24 Disember 2023. Program bermula pada jam 10:00 pagi sehingga 12:00 tengah malam bertempat di Mydin Mall Tunjong, Kota Bharu. Karnival ini berlangsung selama empat hari dipenuhi dengan pelbagai subprogram menarik yang disasarkan kepada penduduk setempat serta mahasiswa UiTM Cawangan Kelantan. Antara yang menarik perhatian ramai pengunjung ialah Program Malam Kesenian yang diadakan pada hari Jumaat malam Sabtu, 22 Disember 2023.

Program Malam Kesenian ini telah merancakkan lagi perjalanan karnival selepas majlis perasmian oleh Timbalan Naib Canselor (HEP) UiTM, Prof. Dr. Haji Mohd Sazali Shahibi. Program Malam Kesenian dijalankan dengan kerjasama Unit Kebudayaan UiTM Cawangan Kelantan, Persatuan Pencak Silat UiTM Kampus Machang dan Persatuan Silat Cekak Ustaz Hanafi Kampus Machang. Antara persembahan menarik yang disajikan ialah tarian Zapin, dikir barat, nyanyian nasyid, bacaan Qunut Nazilah, deklamasi sajak, sketsa lakonan, persembahan silat dan pertunjukkan seni bela diri tempur tanpa senjata.

Penyedia Laporan:
Dr. Nor Zuriati Amani Ab Rani
Penasihat 
Program Karnival Kerjaya dan Makanan 2023

Saudara Muhammad Haizrul Hajali
Pengarah
Program Malam Kesenian