Program Jelajah Senoi di Sekolah Kebangsaan Pos Brooke

GUA MUSANG, 15 Januari – Program Jelajah Senoi telah berjaya diadakan di Sekolah Kebangsaan Pos Brooke, Gua Musang, Kelantan anjuran Siswa Siswi Pertahanan Awam (Kor-SISPA) UiTM Cawangan Kelantan pada 11 Januari 2024. Program ini dirasmikan oleh Encik Meer Zhar Farouk Amir Razli, Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar (HEP) UiTM Cawangan Kelantan.

Turut hadir ke program ini ialah Lt. Kol. Bersekutu (PA) Wan Firdaus Wan Mohamed, Ajutan Kor Sispa UiTM Cawangan Kelantan dan Pegawai-pegawai Bersekutu UiTM Cawangan Kelantan. Lt. (PA) Ahmad Suhaizi Ahmad Suhaimi, Pegawai Pertahanan Awam Daerah Machang, dan PPAD Gua Musang serta Timbalan PPAD Gua Musang juga turut hadir bagi memeriahkan lagi program ini.

Tujuan program ini adalah untuk merapatkan hubungan ukhuwah antara Pegawai Kadet SISPA UiTMCK dengan warga SK Pos Brooke serta ⁠memberi pendedahan tentang khidmat masyarakat kepada Pegawai Kadet SISPA dan memupuk nilai sivik dalam diri Pegawai Kadet SISPA. Seramai 20 orang peserta dalam kalangan pelajar sekolah tersebut telah hadir dalam menjayakan program pada kali ini.

Penyedia Laporan:
SM (PA) Puteri Balqis Mukhtar
Setiausaha Agung