Bengkel Strategic Action Plan (SAP) Sesi 1 UiTMCK 2024

MACHANG, 11 Disember - Unit Transformasi Universiti (UTU) UiTMCK telah mengadakan Bengkel Strategic Action Plan (SAP): Globally Respected Siri 1 UiTMCK 2024 pada 28 November 2023 yang bertempat di Premier Lounge UiTM Cawangan Kelantan Kampus Machang. Bengkel ini telah dihadiri oleh Rektor dan barisan Pengurusan Eksekutif dengan penglibatan ketua-ketua dan wakil Unit/Bahagian/Pusat Pengajian dari UiTMCK berjumlah seramai 50 peserta.

Bengkel ini diadakan bertujuan untuk membuat pengagihan Performance Indicators (PI) dan menjalankan Strategic Action Plan (SAP): Globally Respected UiTMCK bagi tahun 2024. Bengkel ini juga dilakukan untuk memberi pendedahan kepada peserta bengkel berkaitan Performance Indicators (PI) kampus bagi tahun 2024 dan pengisian borang perancangan Strategic Action Plan (SAP). Bengkel ini melibatkan semua Ketua Bahagian (PTJ), Ketua Pusat Pengajian (KPP), wakil Perancangan Strategik Fakulti, Penyelaras dan Pemilik PI UiTM Cawangan Kelantan.

Penyedia Laporan:
Dr. Mohd Hafeez Al-Amin Abdul Wahab
Penyelaras Strategik dan Transformasi Universiti
Unit Transformasi Universiti