REIACt Day Research Bootcamp

MACHANG, 25 Oktober - Pada 23 Oktober 2023, telah diadakan REIACt Day "Research Bootcamp" di HRD (A) UiTM Cawangan Kelantan bagi menggalakkan aktiviti penyelidikan, penulisan dan penerbitan di kalangan ahli akademik. Dengan gaya yang lebih santai, Festival REIACt Day kali ini menyajikan aktiviti Research Bootcamp yang lebih kasual bagi memastikan penulisan dan penerbitan hasil dari penyelidikan dibuat dengan rasa yang lebih mudah dan tiada tekanan. Peserta diberi kebebasan menulis dengan gaya masing-masing namun masih diberikan panduan jika perlu melalui fasilitator-fasilitator yang telah dilantik. Pihak Bahagian Penyelidikan, Jaringan Industri dan Alumni (BPJIA) mengucapkan jutaan terima kasih buat semua peserta yang begitu semangat menyiapkan kerja-kerja penulisan bagi memastikan sasaran pencapaian tahun semasa dan tahun akan datang tercapai. Antara fasilitator yang terlibat ialah Prof. Madya Dr. Marziana Madah Marzuki, Dr. Siti Nur Zahirah Omar, Dr. Ainul Azila, Profesor Madya Dr. Noriza Saad, Puan Nurul Hafizah, Ts. Mohd Zafian Mohd Zawawi dan Dr. Hazwani Hashim yang telah membantu URMI untuk mencapai objektif yang telah ditetapkan.

Penyedia Laporan:
Prof. Madya Dr. Marziana Madah Marzuki
Koordinator
Unit Research Management & Innovation (URMI)