Majlis Perasmian REIACt Day dan Anugerah Kecemerlangan Bahagian Penyelidikan, Jaringan Industri & Alumni

MACHANG, 25 Oktober - Festival REIACt Day merupakan acara tahunan anjuran Bahagian Penyelidikan, Jaringan Industri dan Alumni (BPJIA) bagi menggalakkan aktiviti penyelidikan, jaringan industri, alumni dan keusahawanan serta menghargai sumbangan para ahli akademik dan pelajar dalam ketiga-tiga aspek tersebut. Merupakan singkatan dari "Research, Industry, Alumni & Community", Festival REIACt Day ini dimulakan dengan Majlis Perasmian REIACt Day serta penganugerahan anugerah kecemerlangan kepada ahli akademik serta para pelajar dalam penyelidikan, jaringan industri, alumni dan keusahawanan pada 22 Oktober 2023.

Majlis Perasmian REIACt Day telah dirasmikan oleh Encik Fareza Mohamed Sani, Pengarah Jabatan Perangkaan Negeri Kelantan (DOSM) serta diserikan dengan kehadiran dif-dif terhormat dari industri yang telah bekerjasama dengan UiTM Cawangan Kelantan dalam pelbagai projek keusahawanan, jaringan industri dan penyelidikan. Antaranya ialah Haji Muhamad Hana Pizi Abdullah (Imam Besar MAIK), Encik Mukhlis Mokhtar (Pengurus Besar Kumpulan Pertanian Kelantan Berhad SUK), Puan Maiztul Naazean (Pengurus Projek Negeri Kelantan Bagi Yayasan Sejahtera) dan Encik Mohd Solahuddin Mat Hasan (Penggawa Daerah Kebakat Tumpat). Dif-dif kehormat ini turut sama menerima Anugerah Khas Sinergi BPJIA bagi menghargai penglibatan dan kolaborasi mereka bersama UiTM Cawangan Kelantan. Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada semua pemenang atas segala sumbangan kepada BPJIA sepanjang tahun 2023. Semoga menjadi penyuntik semangat untuk terus cemerlang di masa hadapan. 

Penyedia Laporan:
Prof. Madya Dr. Marziana Madah Marzuki
Koordinator 
Unit Research Management & Innovation (URMI)