Bingkisan Sesuci Ramadhan 2021

MARHABAN YA RAMADHAN
 
Bagi mengimarahkan bulan Ramadhan Al-Mubarak yang telah tiba dan atas dasar prihatin dan tanggungjawab, Akademi Pengajian Bahasa UiTM Cawangan Kelantan akan mengadakan program Bingkisan Sesuci Ramadhan 2021 pada 26 April 2021 bersamaan 13 Ramadhan 1442H.
 
Program ini berupa sumbangan bakul makanan ini akan diagihkan kepada pekerja pembersihan/kontrak di UiTMCK.
 
Ingin turut serta program ini tapi tidak tahu bagaimana caranya? Jangan bimbang! Anda boleh turut serta sebagai penyumbang. 
 
Untuk sumbangan dan pertanyaan sila hubungi;

?YM Raja Nur Hidayah http://www.wasap.my/60195212923

?Lai See May http://www.wasap.my/60179113077

?Pn. Nazatul Shahreen http://www.wasap.my/60199838498
 
Tunggu apa lagi? Marilah bersama kita mengimarahkan bulan Ramadhan dan semoga sumbangan anda dapat memberikan sejuta senyuman kepada mereka yang memerlukan di bulan penuh barakah ini.
 
Nabi SAW ditanya
"Apakah sedekah yang paling afdal?"Baginda SAW menjawab, "sedekah yang dilakukan pada bulan Ramadhan." (HR Riwayat at-Tirmidzi) 
 
Ikhlas:
JK Komuniti Penyayang & Khidmat Masyarakat
APB UiTMCK