Family Day Staf Residen & Non Residen Kolej 2023 UiTM Cawangan Kelantan, Kampus Machang

MACHANG, 17 Oktober – Staf Residen & Non-Residen Kolej (SRKNR) 2023 UiTM Cawangan Kelantan, Kampus Machang telah mengadakan hari bersama keluarga iaitu Family Day SRKNR yang diadakan pada 26 Ogos 2023 di Pantai Bukit Keluang, Besut Terengganu.

Objektif Family Day ini diadakan adalah untuk mengeratkan silaturahim SRKNR bersama ahli keluarga dan bagi mencapai happiness index SRKNR yang saling bekerjasama menjayakan program-program pembangunan pelajar dan menjaga kebajikan pelajar yang tinggal di kolej kediaman dan di luar kampus (NR).

Pelbagai aktiviti yang disediakan bagi ahli keluarga untuk dijayakan bersama. Pada jam 7:30 pagi aktiviti pertama adalah mendaki Bukit Keluang bersama semua ahli keluarga dan selebihnya memilih untuk bersama-sama menyediakan hidangan di tepi pantai. Aktiviti mendaki Bukit Keluang diketuai oleh Encik Ahmad Sirajulmunir Zulkipli, SRK Kolej Tun Abdul Razak, berakhir pada jam 8:45 pagi.

Setelah tiba di persisiran pantai Bukit Keluang, semua ahli keluarga SRKNR mengambil peluang untuk bersama-sama menyediakan makanan dan makan bersama sebelum aktiviti sukaneka bermula bagi kanak-kanak dan SRKNR. Antara sukaneka kanak-kanak yang disediakan adalah Mencari Harta Karun, Sayang Ayah/ Ibu, Kekuatan Letupan dan Sambutan Sahabat. Aktiviti kanak-kanak yang terdiri daripada anak-anak SRKNR adalah aktiviti yang paling meriah dan mendapat sambutan yang hebat.

SRKNR juga tidak terkecuali daripada sukaneka, permainan yang disediakan adalah Mencari Si Manis, Seiring dan Sejalan, Rantai Kasih Sayang. Semua aktiviti sukaneka ini dibantu bersama Cik Siti Nor Adawiah Hussin, SRK Tunku Abdul Rahman, Cik Ruhayu Nurdin, SRK Tun Dr. Mahathir dan Encik Ahmad Sirajulmunir Zulkipli, SRK Kolej Tun Abdul Razak. Aktiviti berakhir pada jam 2:30 petang dengan bersama-sama menaiki bot mengelilingi pulau.

Encik Wan Mohd Firdaus Wan Mohamad, Ketua Staf Residen Kolej mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua ahli keluarga SRKNR yang memberikan sokongan penuh dan sangat sporting dalam menjayakan objektif. Harapan beliau, agar aktiviti ini terus dikekalkan sebagai aktiviti tahunan bagi mengeratkan silaturahim antara semua ahli keluarga SRKNR dengan kata semangat “Kita Jaga Kita”.

Pautan video: Family Day SRKNR 2023

Penyedia laporan:
Staf Residen Kolej
UiTMCK