Sambutan Ulang Tahun Penubuhan Polis Bantuan UiTM Ke-12 Serta Majlis Anugerah Kecemerlangan Polis Bantuan UiTM

MACHANG, 26 September - Majlis Sambutan Ulang Tahun Penubuhan Polis Bantuan UiTM Ke-12 Serta Majlis Anugerah Kecemerlangan Polis Bantuan diadakan pada 21 September 2023 di UiTM Shah Alam. Seramai 2 anggota Polis Bantuan UiTM Cawangan Kelantan, Kampus Machang dan 2 anggota Polis Bantuan UiTM Cawangan Kelantan, Kampus Kota Bharu terlibat di dalam Perbarisan Kawalan Kehormat Polis Bantuan UiTM yang disertai seramai 101 pegawai dan anggota Polis Bantuan seluruh UiTM di dalam majlis tersebut. Majlis dihadiri oleh Prof. Datuk Dr. Roziah Mohd Janor, Naib Canselor UiTM.

Pada Majlis Anugerah Kecemerlangan Polis Bantuan yang diadakan selepas Majlis Sambutan Ulang Tahun Polis Bantuan UiTM Ke 12, KPL/PB Zamzuri Zakaria, anggota Polis Bantuan UiTM Cawangan Kelantan, Kampus Kota Bharu menerima Anugerah Khas Ketua Polis Bantuan yang disampaikan oleh Naib Canselor UiTM. Majlis Kecemerlangan diadakan bagi mengiktiraf pegawai dan anggota Polis Bantuan seluruh UiTM yang memberikan komitmen yang tinggi serta berdisiplin dalam menjalankan tugas. 

Penyedia Laporan: 
INSP/PB Raziyah Noruddin
Penolong Pegawai Keselamatan Kanan
Pejabat Polis Bantuan