UiTM-Oracle Day 2021

UiTM-Oracle Day 2021 

MACHANG, 15 Mac - Program UiTM-Oracle Academy Day telah dilangsungkan dengan secara maya. Program anjuran bersama di antara Fakulti Sains Komputer dan Matematik , UiTM Shah Alam, UiTM Cawangan Kelantan, UiTM Perlis dan UiTM Melaka  telah disertai oleh pengurusan atasan Oracle Malaysia, Asia Pasifik dan Jepun, para pensyarah dan para pelajar.

Seramai 98 orang peserta yang terdiri daripada para pensyarah Jabatan Sains Komputer dan pelajar  FSKM UiTM Cawangan Kelantan telah terlibat secara langsung sepanjang program ini. Para peserta telah diberi tunjuk ajar secara teori dan praktikal daripada pakar-pakar Oracle terutamanya berkaitan dengan penggunaan platform Oracle bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran. Ianya juga dapat memberi manfaat kepada para peserta dari segi penggunaan pengkalan data (database) untuk teknologi Kecerdasan Buatan (Artificial Intelligence) dan Pembelajaran Mesin (Machine Learning).