MACHANG, 23 Ogos - UiTM Cawangan Kelantan telah menerima kunjungan hormat dari TEKUN Nasional pada 20 Ogos 2023 yang diketuai oleh Dato’ Adam bin Abd Ghani, Pengarah Urusan & Ketua Pegawai Eksekutif diiringi oleh pegawai-pegawai kanan Ibu Pejabat dan beberapa pegawai dari Cawangan Negeri Kelantan. Perbincangan ini telah dipengerusikan oleh Dr. Norzieha Mustapha, Timbalan Rektor Penyelidikan, Jaringan Industri dan Alumni selaku Pengerusi I Jawatankuasa Kemuning, Produk UiTM Cawangan Kelantan dan dihadiri oleh Ahli Jawatankuasa Tertinggi Kemuning.
Bagi menyahut seruan kerajaan mewajibkan pemakaian batik bagi penjawat awam pada setiap Khamis, TEKUN Nasional mempelawa UiTM Cawangan Kelantan melalui Projek Batik Kemuning dan Kolej Pengajian Seni Kreatif (KPSK) untuk membuat usaha sama dengan industri-industri batik di Negeri Pantai Timur terutama negeri Kelantan bagi mempertingkatkan lagi kualiti penghasilan rekaan batik dan pemasaran batik dengan kemudahan pembiayaan dari TEKUN Nasional maksima hingga RM100,000.00. Turut dibincangkan peluang mewujudkan program inkubator batik dengan pembiayaan dari TEKUN Nasional.
Dengan adanya pembiayaan ini, UiTM Cawangan Kelantan lebih mudah mengadakan jalinan dengan industri serta dapat mempertingkatkan lagi penjanaan pendapatan bagi UiTM Cawangan Kelantan khasnya. Kami berharap segala yang diperbincangkan dapat direalisasikan dengan cemerlang dan dapat memberikan banyak manfaat kepada kedua-dua belah pihak.
Penulis laporan:
Zainab Anuar
Penyelaras Kemuning, Produk UiTM Cawangan Kelantan