KOTA BHARU, 23 Julai - Aktiviti Kecergasan Polis Bantuan UiTMCK Kampus KB diadakan dua kali sebulan bermula Jun 2023 sehingga Disember 2023 bagi membolehkan kesemua staf PB KB terlibat dengan aktiviti ini secara bergilir. Aktiviti ini adalah aktiviti ke-2 bagi bulan Julai 2023 yang telah diadakan di Taman Tengku Anis, Kota Bharu bermula pada jam 8:00 pagi sehingga 11:00 pagi. Seramai 12 staf PB KB yang terlibat dalam program kali ini. Antara aktiviti ialah physical fitness, workout for burn calories dan bola tampar. Aktiviti kecergasan ini dijalankan di luar kawasan kampus bagi memberikan suasana yang berlainan dan meningkatkan happiness index kepada anggota yang bertugas 24 jam sehari secara giliran syif. Kawalan keselamatan kampus tidak terjejas kerana 3 anggota sedang bertugas semasa program berlangsung.
Penyedia Laporan:
INSP/PB Raziyah Noruddin
Penolong Pegawai Keselamatan Kanan
Polis Bantuan Kampus Kota Bharu