EAT.PRAY.LOVE (EPL) Ceria 1.0 2023

 

Setiap kanak-kanak adalah pewaris bangsa dan negara. Mereka berhak membesar dengan sihat dan ceria. Kesihatan yang baik dan persekitaran yang sejahtera adalah kunci untuk perkembangan kanak-kanak yang cergas dan cerdas. Malangnya, tidak semua mereka mempunyai nasib yang baik. Ada yang diuji dengan pelbagai jenis penyakit seawal usia bayi lagi. Tambahan lagi, latar belakang ekonomi keluarga yang daif, menambahkan lagi bebanan di jiwa.

Sehubungan itu, Akademi Pengajian Bahasa UiTM Cawangan Kelantan (APB UiTMCK) bakal menganjurkan program EAT.PRAY.LOVE (EPL) Ceria 1.0 2023 dengan kerjasama Rumah Ronald McDonald HUSM atau juga dikenali sebagai Ronald McDonald House Charities (RMHC) yang bertempat di Kubang Kerian, Kota Bharu, Kelantan. Program ini akan melibatkan pesakit kanak-kanak yang sedang menjalani rawatan di HUSM dan menetap sementara di RMHC bersama ibubapa/penjaga mereka yang berlatarbelakangkan keluarga B40.

Program ini bermatlamat untuk memberi sedikit keceriaan dan mengurangkan derita pesakit kanak-kanak dan keluarga mereka. Pengisian program adalah berbentuk sambutan hari jadi pesakit kanak-kanak serta bicara jiwa secara santai oleh penceramah daripada warga APB UiTMCK. Program EPL Ceria 1.0 ini bakal diadakan pada 23 Julai 2023 (Ahad).

Dengan itu, APB UiTMCK dan RMHC mengalu-alukan dan mempelawa anda semua untuk sama-sama menyantuni pesakit kanak-kanak dan penjaga mereka dengan menghulurkan sumbangan seikhlas hati ke tabung amanah berikut:

BANK: Bank Islam
NO AKAUN: 0304 5010 0040 53
BENDAHARI UiTM CAWANGAN KELANTAN

RUJUKAN: EPL 2023
TARIKH TUTUP SUMBANGAN: 9 JULAI 2023

Untuk mendapatkan resit rasmi sumbangan, tuan/puan boleh menghubungi secara panggilan atau mesej WhatsApp kepada Puan Nor Hairunnisa Mohd Nor di talian 014-8410737 dengan menyertakan butiran seperti berikut:
1. Nama penuh penyumbang
2. Nilai sumbangan
3. Bukti transaksi sumbangan

Sasaran sumbangan adalah sebanyak RM1,000 sahaja dan akaun akan ditutup sebaik sahaja dana yang mencukupi diperolehi atau tarikh kutipan sumbangan berakhir, mana-mana yang terdahulu. Dana tersebut adalah untuk membiayai sambutan hari jadi dan sumbangan barangan dapur di RMHC.

Setiap sumbangan anda adalah merupakan sokongan emosi yang mampu melakarkan senyuman dan memberi harapan buat pejuang-pejuang kecil yang terlantar kesakitan. Semoga Allah SWT memberkati usaha kita dan mengurniakan syifa' buat mereka. Amin, Ya Rabbal Alamin.