Penyerahan Sumbangan Tabung Alumni RM5 kepada Wakil Pelajar UiTM Kampus Machang dan Kota Bharu

MACHANG, 22 Jun - Berlangsung sudah pemberian dana Tabung Alumni kepada kepada wakil-wakil pelajar dari Kampus Machang dan Kampus Kota Bharu, UiTM Cawangan Kelantan yang disempurnakan oleh Rektor UiTM Cawangan Kelantan.

Untuk sesi 1 pemberian ini, sebanyak RM5000 dari Tabung Amanah Dana Tabung Alumni diluluskan untuk dikeluarkan dan memberi manfaat kepada 19 pelajar dari kedua-dua kampus.

Semoga bantuan ini memberi manfaat kepada penerima.

Terima kasih kepada semua penyumbang. Sehingga Mei 2023, jumlah dana yang terkumpul adalah:

Kampus Machang: RM27,300.99
Kampus Kota Bharu: RM5426.04
Jumlah : RM32,727.03

Penyedia Laporan:
Puan Effarieza Johari
Penyelaras Unit Alumni, ICAN 
dan
Persatuan Alumni UiTM Kelantan (PAUK)