MACHANG, 21 Jun - Unit Pengurusan Kolej & Non Residen Bahagian Hal Ehwal Pelajar UiTM Cawangan Kelantan Kampus Machang telah mengadakan aktiviti “EKSA” – Membina dan mengecat tempat letak kenderaan khas untuk golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) di Kolej Tunku Abdul Rahman (TAR), Kolej Tun Abdul Razak (TR) dan Kolej Tun Dr Mahathir (TDM) pada Selasa, 20 Jun 2023. Aktiviti ini merupakan salah satu aktiviti bagi mempertingkatkan pembangunan, perkembangan dan memperkasakan warga OKU di UiTM Cawangan Kelantan melalui penyampaian maklumat dan informasi, pelaksanaan program-program ke arah peningkatan kendiri serta pengurusan efisyen warga OKU. Keprihatinan yang tinggi terhadap kepentingan menjaga golongan OKU dan antara isu yang kerap dipandang mudah ialah tiada kemudahan tempat letak kenderaan khas untuk golongan OKU yang disediakan dikebanyakan tempat awam dan premis. Tujuan perlaksaan program ini juga adalah untuk memudahkan golongan OKU yang kurang upaya fizikal untuk mendapatkan ruang letak kenderaan yang lebih strategik dan berdekatan dengan pintu masuk utama, atau ke bilik serta ruang yang lebih luas untuk memudahkan pergerakkan mereka yang sudah sedia terbatas itu.
Program ini telah dihadiri oleh semua staf Unit Pengurusan Kolej & Non Residen, 4 orang wakil staf dari Bahagian Pengurusan Fasiliti. Turut hadir ialah Penyelaras Unit Perkhidmatan Sokongan OKU UiTM Cawangan Kelantan iaitu Puan Noor Azreen Alimin serta wakil dari Unit Perkhidmatan OKU (UPO) UiTM Cawangan Kelantan iaitu En Ab Fatah Ab Hamid dan Cik Nor Atikah Ab Manan. Program berlangsung dari jam 8:00 pagi bermula di Kolej Tunku Abdul Rahman dan berakhir jam 1:00 tengah hari di Kolej Tun Dr. Mahathir.
Penyedia Laporan:
Mohd Azrol Hafiz Bin Din
Penyelia Asrama
Unit Pengurusan Kolej & Non Residen
Bahagian Hal Ehwal Pelajar