Majlis Penyampaian Sumbangan Pasca Banjir UiTM-KPT Bersama Ahli Jawatankuasa Operasi Bencana Shah Alam (JOBSA)

Jawatankuasa Operasi Bencana Negeri (JOBN) UiTM Cawangan Kelantan dengan kerjasama Jawatankuasa Operasi Bencana Shah Alam (JOBSA) telah menghulurkan sumbangan berupa cat dalam dan cat luar sebanyak 14 tin kepada Sekolah Kebangsaan (SK) Pahi, Kuala Krai pada 14 Mac 2021 (Ahad) bagi menambahbaik keceriaan sekolah yang terjejas akibat musibah banjir baru-baru ini. 

 

Penyerahan peralatan oleh wakil JOBSA kepada Rektor UiTM Cawangan Kelantan.

 

Majlis penyerahan bantuan pasca banjir kepada Guru Besar SK Pahi, Kuala Krai.