International Volunteering Programme: Let’s Stand Together with Prime Mover

MACHANG, 30 Mac – Program International Volunteering Programme: Let’s Stand Together with Prime Mover telah dianjurkan oleh Kelab Prime Mover UiTM Cawangan Kelantan dengan kerjasama Fakultas Ekonomi dan Bisnis Universitas Sumatera Utara pada 7 Mac 2023 yang melibatkan delegasi seramai 18 orang terdiri daripada seorang pensyarah dan 17 orang mahasiswa Universiti Teknologi MARA Cawangan Kelantan.

Kedatangan delegasi dari Kelab Prime Mover UiTM Cawangan Kelantan disambut dengan mesra dan meriah oleh Timbalan Dekan FEB USU iaitu Ibu Inneke Qamariah bersama dengan Prof. Dr. Iskandar, Ketua Prodi Program Studi Akuntansi (FEB USU).

Nyanyian Negaraku, Wawasan Setia Warga UiTM dan Indonesia Raya

Program dimulakan dengan nyanyian lagu Indonesia Raya, Negaraku dan Wawasan Setia Warga UiTM untuk menaikkan semangat semua peserta yang hadir tentang semangat kecintaan kepada negara dan universiti masing-masing.

Kedatangan kami juga disambut oleh Prof. Dr. Ritha F. Dalimunthe, SE, M.Si (Ketua Parodi Kewiraushaan USU) yang merupakan pihak yang bertanggungjawab dalam program jalinan kerjasama di antara Kelab Prime Mover UiTM Cawangan Kelantan dan FEB USU.

Sesi Meet & Greet Session.

Meet & Greet Session berlangsung bagi sesi perkenalan antara Kelab Prime Mover UiTM Cawangan Kelantan bersama barisan staf dan pensyarah iaitu Dr. Fadli SE, MSi (Dekan Fakultas Ekonomi & Bisnis USU), Ibu Inneke Qamariah (Timbalan Dekan Finance & Human Resources Management USU), Paidi SE, MSi (Timbalan Dekan International Affair USU), Prof. Dr. Ritha F. Dalimunthe, SE, M.Si (Ketua Parodi Kewiraushaan USU), Prof. Dr. Elisabeth (Ketua Parodi Magister Property dan Penilaian USU), Prof. Dr. Khaira Amalia Fachrudin (Ketua Program Management), Prof. Dr. Iskandar (Program Studi Akuntansi USU) serta mahasiswa dari Universitas Sumatera Utara (USU) yang terdiri daripada 5 jabatan yang berbeza. Hal ini membolehkan mereka berkongsi pendapat dan pandangan terhadap program International Volunteering Programme: Let’s Stand Together with Prime Mover.

Sesi Guest Lecture Talk: Operation Research and its Application in Real Life Systems yang disampaikan oleh Dr Nazhatul Sahima Mohd Yusoff (Penasihat Kelab Prime Mover UiTM Cawangan Kelantan).

Guest Lecture Talk: Operation Research and its Application in Real Life Systems merupakan sesi perpindahan ilmu dari warga universiti kepada masyarakat bagi menaikkan taraf kelangsungan hidup mereka dalam peningkatan ekonomi masyarakat setempat. Program ini disampaikan oleh Dr. Nazhatul Sahima Mohd Yusoff, Penasihat Kelab Prime Mover UiTM Cawangan Kelantan kepada barisan pensyarah seramai 9 orang yang terdiri daripada Dekan Fakultas Ekonomi & Bisnis USU (FEB) dan 8 orang Ketua Parodi dari setiap jabatan di FEB USU), manakala peserta yang turut hadir di dalam sesi ini melibatkan 50 orang mahasiswa yang dari 5 jabatan yang berbeza di FEB USU dan 23 orang pengusaha dari Himpunan Pengusaha Pribumi Indonesia (HIPPI).

Sesi Perbincangan diantara Mahasiswa Kelab Prime Mover UiTM Cawangan Kelantan Bersama dengan Mahasiswa dari Fakultas Ekonomi dan Bisnis, (FEB USU)

Dalam program ini juga berlangsung sesi perbincangan di antara Barisan Majlis Tertinggi Kelab Prime Mover UiTM Cawangan Kelantan bersama dengan barisan mahasiswa dari FEB USU. Sesi perbincangan diadakan bagi mengutarakan pendapat dan pengetahuan masing-masing bagi melaksanakan aktiviti kesukarelawanan di peringkat antarabangsa di masa yang akan datang. Dalam sesi ini juga turut dibincangkan kunjungan hormat dari pihak (FEB USU) ke UiTM Cawangan Kelantan bagi menjalankan program kesukarelawanan di peringkat antarabangsa. Hal ini membuktikan bahawa program kesukarelawanan di peringkat antarabangsa tidak asing lagi, malahan ia juga dapat membuka peluang untuk menimba ilmu dan pengalaman yang baharu buat mahasiswa apabila berhadapan secara langsung dengan orang yang berbeza dari segi bahasa dan budaya.

Sesi Simbolik Pemakaian Selendang

Majlis diteruskan lagi dengan simbolik pemakaian selendang dari Fakultas Finance & Human Resources Management (FEB USU) yang diwakili oleh Dekan Fakultas Dr. Fadli SE, MSi (Dekan Fakultas Ekonomi & Bisnis USU) dan Prof. Dr. Ritha F. Dalimunthe, SE, M.Si (Ketua Parodi Kewiraushaan USU) kepada Dr. Nazhatul Sahima Mohd Yusoff (Penasihat Kelab Prime Mover UiTM Cawangan Kelantan) dalam menghargai kedatangan tetamu mereka. Pemakaian itu melambangkan penghargaan mereka terhadap kunjungan hormat dan kesudian dalam menjalinkan kerjasama bersama Kelab Prime Mover UiTM Cawangan Kelantan.

Sesi Penyerahan Penghargaan dan Cenderahati dari Kelab Prime Mover UiTM Cawangan Kelantan kepada Fakultas Finance & Human Resources Management USU (FEB)

Program ini turut dihadiri oleh beberapa barisan pensyarah seperti Dr. Elisabeth (Ketua Parodi Magister Property dan Penilaian USU), Prof. Dr. Khaira Amalia Fachrudin (Ketua Program Management), Ibu Inneke Qamariah (Timbalan Dekan Finance & Human Resources Management USU), Cik Nur Afiqah Mohd Sakri (Pengarah Program International Volunteering Programme: Let’s Stand Together with Prime Mover), Dr. Nazhatul Sahima Mohd Yusoff (Penasihat Kelab Prime Mover UiTM Cawangan Kelantan), Dr. Fadli SE, Msi (Dekan Fakultas Ekonomi & Bisnis USU), Bapak Paidi SE, Msi (Timbalan Dekan International Affair USU), Prof. Dr. Ritha (Ketua Parodi Kewiraushaan USU) dan wakil pengusaha (Himpunan Pengusaha Pribumi Indonesia). Kehadiran mereka yang terlibat amat penting bagi merasmikan majlis dengan lancar. Pihak penganjur juga turut memberikan satu hadiah sebagai tanda penghargaan kepada Kelab Prime Mover UiTM Cawangan Kelantan atas jalinan kerjasama yang telah dibina diantara mereka pada pagi tersebut.

Sesi Penyerahan Penghargaan dan Cenderahati dari Ketua Program Management kepada Kelab Prime Mover UiTM Cawangan Kelantan

Program ini diteruskan lagi dengan sesi penyerahan tanda penghargaan dan cenderahati daripada Prof. Dr. Khaira Amalia Fachrudin (Ketua Program Management USU) kepada Dr. Nazhatul Sahima Mohd Yusoff iaitu (Penasihat Kelab Prime Mover UiTM Cawangan Kelantan) sebagai tanda jalinan kerjasama yang telah dibina diantara mereka.

Sesi Penyerahan Penghargaan dari Ketua Magister Manajemen Properti dan Penilaian Sekolah Pascasarjana kepada Kelab Prime Mover UiTM Cawangan Kelantan

Sesi penyerahan tanda penghargaan daripada Ketua Magister Manajemen Properti dan Penilaian Sekolah Pascasarjana USU iaitu Prof. Dr. Elisabeth turut dilakukan dalam menghargai jalinan kerjasama yang telah dibina.

Gambar kenangan delegasi UiTM Cawangan Kelantan bersama pengurusan kanan dan mahasiswa FEB usu

Tahniah dan Syabas diucapkan kepada Dr. Nazhatul Sahima Mohd Yusoff selaku Penasihat Kelab Prime Mover UiTM Cawangan Kelantan, barisan ahli jawatankuasa Kelab Prime Mover UiTM Cawangan Kelantan, Universitas Sumatera Utara serta semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan International Volunteering Programme: Let’s Stand Together with Prime Mover. Semoga program yang dijalankan ini dapat memberikan manfaat dan impak yang positif kepada semua bagi melibatkan diri di dalam aktiviti kesukarelawanan bersama persatuan di peringkat antarabangsa. Dengan adanya program sebegini, ia juga dapat memupuk sifat kepimpinan dan empati dalam diri mahasiswa terhadap keadaan semasa yang dihadapi oleh masyarakat lain. Dengan itu, semangat ukhuwah sesama manusia dapat disemai di dalam diri mereka.

Akhir kata, teruslah bangkit bersama-sama bagi memastikan setiap kecemerlangan dan kegemilangan yang diperolehi seperti ini dapat terus dikekalkan dan ditingkatkan lagi bagi memastikan Kelab Prime Mover UiTM Cawangan Kelantan bagi tahun 2023 terbang lebih tinggi di masa yang akan datang.

Penyedia Laporan:
Saudari Nur Fatin Audryna Binti Azhar
Setiausaha Kelab Prime Mover
UiTM Cawangan Kelantan