Majlis Penyerahan Bendera Kontinjen KARiSTA 2023 Universiti Teknologi MARA Cawangan Kelantan

MACHANG, 2 Mac - Persatuan Sukan & Kebajikan Kakitangan (PSKK) UiTM dan Pusat Sukan UiTM dengan kerjasama Universiti Teknologi MARA Cawangan Pahang akan mengadakan Karnival Sukan Staf (KARiSTA) UiTM 2023 yang akan diadakan pada 3 hingga 9 Mac 2023 bertempat di Universiti Teknologi MARA Cawangan Pahang dengan tema “Building Friendship Through Sportsmanship”.

Pada 28 Februari 2023, Universiti Teknologi MARA Cawangan Kelantan (UiTMCK) telah mengadakan Majlis Penyerahan Bendera Kontijen KARiSTA 2023 UiTMCK. Majlis Penyerahan Bendera Kontinjen KARiSTA 2023 UiTMCK disempurnakan oleh YBhg. Prof. Dr. Haji Abdol Samad Nawi, Rektor dan merangkap penasihat PSKK UiTMCK kepada Dr. Norzieha Mustapha, Timbalan Rektor Penyelidikan dan Jaringan Industri merangkap Ketua Kontinjen KARiSTA 2023 UiTMCK.

Penyertaan UiTMCK seramai 91 orang atlet termasuk 18 orang urusetia bagi 14 acara sukan. Untuk makluman semua, pencapaian KARiSTA pada tahun 2022 UiTMCK berada pada kedudukan kelima keseluruhan. Bagi tahun ini, Kontinjen UiTMCK membawa semangat baru dan prestasi Kontinjen kita dapat dipertingkatkan lagi agar nama UiTM Cawangan Kelantan kekal harum dan digeruni dalam bidang sukan, terutamanya dalam arena sukan kakitangan UiTM seluruh Malaysia.

Pihak Pengurusan dan seluruh Warga UiTMCK memberikan sokongan yang padu dan mendoakan semua Kontinjen UiTMCK terus bersemangat dan membawa khabar gembira untuk UiTMCK.

SELAMAT MAJU JAYA DAN TERUS BERJUANG!!!

“GOMO KELATE GOMO”

Penyedia Laporan:
Puan Janatun Naim A Rahman
Penolong Setiausaha Kontinjen
KARiSTA 2023