Pelancaran e-Book 2.0

MACHANG, 26 Februari - Tanggal 19 Februari 2023 iaitu pada hari Ahad, menjadi saksi kepada satu lagi program kerjasama antara Universiti Teknologi MARA Cawangan Kelantan (UiTMCK) dan Kolej Teknologi Darulnaim (KTD), apabila Program Pelancaran e-Book 2.0 telah berjaya dilaksanakan bertempat di KTD, Pengkalan Chepa.

Program yang dianjurkan oleh KTD dengan kerjasama UiTMCK ini bertujuan untuk merasmikan projek e-Book yang telah bermula pada tahun 2021. Untuk edisi 2.0 ini, ia turut disertai oleh penulis undangan daripada UiTMCK, iaitu Dr. Mariam Setapa dan Dr. Mazlina Mamat.

Program ini dihadiri oleh 40 delegasi UiTMCK yang terdiri daripada pengurusan tertinggi, diketuai oleh Profesor Dr. Haji Abdol Samad Nawi selaku Rektor UiTMCK, para pensyarah dan staf pentadbiran. Selain itu program turut dimeriahkan oleh semua kakitangan KTD yang terlibat.

e-Book adalah salah satu kaedah penerbitan bahan-bahan bacaan menggunakan platform digital seiring dengan perkembangan teknologi pada masa kini. Dengan pelancaran ini, KTD telah berjaya menghasilkan 28 naskah dengan pelbagai judul dan sekaligus meluaskan target pembaca. 

Dengan usahasama ini, penganjur berharap agar lebih ramai staf UiTMCK yang akan turut serta di dalam penulisan e-Book dan pada masa yang sama dapat menimbulkan minat terhadap penulisan bahan bacaan ilmiah atau bahan bacaan berbentuk santai.

Berikut pautan video Pelancaran e-Book 2.0: https://drive.google.com/file/d/11MLlFGtz2A6k-OVZhQMnD5i9Em1FIkKR/view?usp=drivesdk

Penyedia Laporan:
Dr. Mariam Setapa
Penyelaras
Unit Pengurusan Risiko