Visiting Lecturers daripada Fakulti Perakaunan UiTM Cawangan Kelantan ke Pascasarjana UMSU

MEDAN, INDONESIA, 08 Februari - Pada 28 Januari 2023 bersamaan dengan hari Sabtu yang lalu, para pensyarah Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Kelantan selaku Visiting Lecturer telah mengadakan sesi lawatan kerja di Program Studi Magister Akuntansi (MAKSI) Pascasarjana Universitas Muhammadiyah Sumatera Utara (PPs UMSU).

Sesi lawatan yang dijalankan secara bersemuka adalah hasil daripada pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) dan Memorandum Perjanjian (MoA) antara UiTM Malaysia dan UMSU pada tahun 2019 dan 2020.

Delegasi dari UiTM Cawangan Kelantan disambut oleh para pensyarah pendamping dari Program Magister Akuntansi UMSU, Dr. Eka Nurmala Sari.SE.,M.Si.,Ak.,CA ; Assoc.Prof. Dr. Zulia Hanum, SE.,M.Si dan Dr. Dahrani, SE.,M.Si

Sesi lawatan dimulakan dengan pembentangan oleh Assoc. Prof. Dr. Maheran Zakaria, pensyarah UiTM Cawangan Kelantan bertajuk “Current Issue of Research Accounting”.

Ini diikuti dengan Dr. Nor Hayati Samba Binti Mohamed dengan tajuk “Risk Management & Control to Achieve Financial Freedom” dan diakhiri Dr. Noor Marini Haji Abdullah dengan tajuk “Factor Influencing the Likelihood of Procurement Fraud Occurence Among Public Officials”.

Ketua Program Studi Magister Akuntansi MAKSI UMSU, Dr. Eka Nurmala Sari dalam ucapannya berkata, aktiviti ini dijalankan pada semester ganjil tahun ajaran 2022-2023 dan dihadiri oleh pelajar semester 1 hingga 3 dari Program Magister Akuntansi UMSU.

Disertakan pautan Prodi MAKSI Pascasarjana UMSU Gelar Visiting Lecturer dengan UiTM Cawangan Kelantan Malaysia:
https://pascasarjana.umsu.ac.id/prodi-maksi-pascasarjana-umsu-gelar-visiting-lecturer-dengan-uitm-cawangan-kelantan-malaysia/