Sumbangan Tabung Cakna OKU ini adalah program kerjasama di antara pihak Unit Perkhidmatan OKU, UiTM Cawangan Kelantan dan Jawatankuasa Perwakilan Kolej Tun Hussien Onn sempena Program Sign Language: Light Up The Hope. Program ini telah diadakan pada 2 Disember 2022 bertempat di bilik HRDA, UiTM Cawangan Kelantan. Program ini telah disertai seramai 133 peserta berserta 33 orang AJK pelaksana dan 13 orang tetamu kehormat. Program berbentuk akademik atau ilmiah amat digalakkan kepada pelajar UiTM Cawangan Kelantan. Justeru itu, Jawatankuasa Perwakilan Kolej Tun Hussein Onn dan Unit Perkhidmatan OKU, UiTM Cawangan Kelantan berhasrat untuk menganjurkan program ilmiah. Objektif program ini adalah untuk pendedahan dan penyebaran mengenai ilmu pengetahuan tentang bahasa isyarat dengan lebih meluas terhadap mahasiswa. Selain itu, perkongsian tips dan teknik bahasa isyarat oleh guru bahasa isyarat dapat diaplikasikan dengan baik oleh mahasiswa.
Penyedia Laporan,
Encik Mohd Azrul Sidek
Penolong Pendaftar Kanan
Bahagian Hal Ehwal Pelajar