Warning

Joomla\CMS\Filesystem\Folder::files: Path is not a folder. Path: [ROOT]/images/INFO/events/22-12/Bantuan_Banjir

Notice

There was a problem rendering your image gallery. Please make sure that the folder you are using in the Simple Image Gallery plugin tags exists and contains valid image files. The plugin could not locate the folder:

Sukarelawan Pasca Banjir Universiti Teknologi MARA, Cawangan Kelantan

MACHANG, 22 Disember – Bahagian Hal Ehwal Pelajar telah menerima lawatan daripada Encik Hirman Awang@Semail, Pengarah Bahagian Mahasiswa Holistik, Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi ke Universiti Teknologi MARA, Cawangan Kelantan, Kampus Machang (UiTMCK) pada 21 Disember 2022. Lawatan ini adalah bagi melihat keadaan mahasiswa UiTMCK yang terlibat dengan banjir dan juga memberi sokongan serta kata-kata semangat kepada Sukarelawan Pasca Banjir yang terdiri daripada Sukarelawan Polis Siswa Siswi (SUKSIS), Majlis Perwakilan Komander (MPK), Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dan staf UiTMCK.

Kehadiran beliau telah disambut baik oleh Encik Meer Zhar Farouk Amir Razli, Timbalan Rektor Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP), barisan MPP, dan staf pengurusan UiTMCK. Barisan Sukarelawan Pasca Banjir yang terdiri daripada 47 orang pelajar, 10 orang staf dengan lengkap
peralatan bagi kerja-kerja pembersihan rumah mangsa banjir, terutamanya dalam kalangan staf dan pelajar UiTMCK.

{gallery}INFO/events/22-12/Bantuan_Banjir{/gallery}

Penyedia laporan:
Nik Mohd Al Firdaus Nik Wil
Pegawai Eksekutif (Kesatria)
UiTM Cawangan Kelantan