Program Bengkel Asas Pengaturcaraan Scratch

MACHANG, 01 Disember - Fakulti Sains Komputer dan Matematik (FSKM), UiTM Cawangan Kelantan dengan kerjasama Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), Sek. Keb. Hamzah telah berjaya menjalankan satu program Bengkel Asas Pengaturcaraan Scratch yang bertempat di Makmal Komputer, Sek. Keb. Hamzah pada 24 November. Seramai lima (5) orang pelajar Diploma Sains Komputer dan tiga (3) orang pensyarah Jabatan Sains Komputer telah terlibat dalam program ini. Peserta program ini adalah seramai 30 murid Darjah 6. Program ini telah dianjurkan dengan objektif untuk meningkatkan penguasaan murid dalam asas pengaturcaraan melalui aplikasi Scratch. Pengaturcaraan merupakan satu tajuk dalam mata pelajaran Reka Bentuk Teknologi di peringkat sekolah rendah. Penguasaan murid mengenai asas pengaturcaraan sangat penting bagi mereka bersedia ke peringkat sekolah menengah nanti. Konsep pemikiran logikal di dalam pengaturcaraan dapat membantu murid meneruskan pengajian ke peringkat sekolah menengah khususnya dalam pengajian aliran STEM.

Penyedia Laporan:
Dr. Zuriani Ahmad Zukarnain
Ketua Pusat Pengajian
Fakulti Sains Matematik & Komputer