Majlis Perasmian Penutupan Ekspo Keusahawanan dan Festival Seni Budaya UiTM Cawangan Kelantan

MACHANG, 14 November - Majlis Perasmian Penutupan Ekspo Keusahawanan dan Festival Seni Budaya telah diadakan di Universiti Teknologi MARA Cawangan Kelantan pada 7 November 2022. Majlis ini telah dirasmikan oleh Puan Bibi Ramjani Ilias Khan, Pengurus Reka Jati Construction dan disambut baik oleh Rektor UiTMCK, Prof. Dr. Haji Abdol Samad Nawi. Majlis ini turut dihadiri oleh Dr. Syerina Azlin Md Nasir selaku Timbalan Rektor (Penyelidikan, Jaringan Industri & Alumni). Ekspo Keusahawanan dan Festival Seni Budaya telah diadakan di Medan Ilmu yang berlangsung selama 14 hari, bermula pada 25 Oktober 2022 sehingga 7 November 2022. Pelbagai aktiviti telah dijalankan selama 14 hari tersebut. Majlis perasmian penutupan Ekspo Keusahawanan tersebut turut mengadakan pelbagai pertunjukan menarik seperti pertunjukan silat gayong, pertunjukan api, pertunjukan ular dan juga persembahan nyanyian dari pelajar dan alumni UiTMCK.

 

Penyedia Laporan:
Unit Komunikasi Korporat