Pemeriksaan Kualiti Udara Dalaman (IAQ) oleh Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negeri Kelantan

MACHANG, 8 November – Jabatan Keselamatan Kesihatan Pekerjaan Negeri Kelantan telah hadir dan membuat pemeriksaan kualiti udara dalaman (IAQ) di Universiti Teknologi MARA Cawangan Kelantan pada 1 November 2022. Seramai 3 orang pegawai JKKP Kelantan telah hadir dan disambut oleh Prof. Dr. Haji Abdol Samad Nawi, Rektor UiTM Cawangan Kelantan.

Pemeriksaan dimulakan dengan sesi taklimat ringkas oleh Rektor dan En. Mohd Hafizul Adnan berkenaan IAQ ini. Selepas sesi taklimat, pegawai pemeriksa telah dibawa memeriksa 4 lokasi berikut:

  1. Unit Peperiksaan, Bahagian Hal Ehwal Akademik
  2. Pusat Islam
  3. Bengkel Kolej Pengajian Seni Kreatif
  4. Perpustakaan Tengku Anis

Pemeriksaan IAQ tamat pada jam 1:00 tengah hari dan hasil pemeriksaan akan dihantar oleh JKKP Negeri Kelantan.

Penyedia Laporan:
En. Azharulnizam Wahab
Penolong Pengurus Asrama Kanan
Unit Kolej
Bahagian Hal Ehwal Pelajar