Kunjungan Hormat Jabatan Penjara Malaysia (Pusat Pemulihan Akhlak Machang) ke UiTM Cawangan Kelantan

MACHANG, 6 November - Kunjungan hormat Jabatan Penjara Malaysia (Pusat Pemulihan Akhlak Machang) ke UiTM Cawangan Kelantan anjuran Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Kelantan bersama Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) dan Jabatan Penjara Malaysia telah memberikan banyak input dan maklumat berkaitan situasi semasa penjara di Malaysia.

Kunjungan hormat ini telah mencapai objektif yang ingin dicapai seperti permohonan daripada pihak Jabatan Penjara kepada Rektor UiTM Cawangan Kelantan untuk meneruskan Program Fitrah Suci bagi Siri 5 & 6. Setelah selesai perbincangan antara Rektor dan Pengarah Penjara (Pusat Pemulihan Akhlak Machang), Rektor telah bersetuju untuk meneruskan Program Fitrah Suci ini kerana ia memberi kesan yang sangat baik dan impak yang positif terhadap banduan-banduan yang berada di dalam Pusat Pemulihan Akhlak Machang. Rektor juga ada mencadangkan beberapa cadangan untuk menjalankan beberapa projek kerjasama antara pihak UiTM Cawangan Kelantan dan pihak penjara.

Selain itu, Pengarah Penjara (Pusat Pemulihan Akhlak Machang) juga ada menyatakan bahawa pihak mereka sangat memerlukan tenaga pengajar yang boleh menekankan elemen rohani untuk membantu banduan-banduan ini kembali ke pangkal jalan. Dengan ini, ia telah meyakinkan Rektor UiTM Cawangan Kelantan untuk meneruskan program Fitrah Suci ini kerana pihak penjara sangat memerlukan tenaga pengajar yang pakar dan berpengalaman. Akan tetapi, jika program yang berbentuk fizikal mereka sudah lama ke depan sebagai contoh mereka mempunyai kilang roti sendiri yang membekalkan roti kepada banduan-banduan di dalam penjara setiap hari. Di samping itu, mereka juga bergiat aktif di dalam penghasilan batik.

Penyedia Laporan:
Dr. Mohd Nazri Mat Zin
Pengarah
Program Fitrah Suci