Tahniah!!! Kelab Dikir Barat Sri Arjuna UiTMCK, Grand Prize Winner of International Creative Cultural Dikir Barat Virtual Competition 2021/2022

MACHANG, 15 Ogos - Tahniah diucapkan kepada Kelab Dikir Barat Sri Arjuna UiTMCK atas penganugerahan Grand Prize Winner of International Creative Cultural Dikir Barat Virtual Competition 2021/2022 anjuran Fakulti Senibina Perancangan & Ukur UiTM dan Princess of Naradhiwas University, Thailand.

Kelab Dikir Barat Sri Arjuna di bawah Unit Kebudayaan Bahagian Hal Ehwal Pelajar UiTM Cawangan Kelantan ini mempersembahkan dikir kreatif garapan antara dikir barat dan gerak tari tradisional yg diiringi oleh pemuzik dikir barat, Keyboard dan juga pemuzik gamelan yg menghasilkan satu persembahan dikir barat yang menarik dan kreatif.

Disertakan pautan video dikir barat: https://drive.google.com/file/d/1XWbLkppZTo1HBKuQCf6VnW-anebdvNXW/view?usp=drivesdk