Tahniah!!! Dr. Nurazleena Ismail, Anugerah Khas Penolong Naib Canselor (Keusahawanan)

MACHANG, 4 September - Tahniah diucapkan kepada Dr. Nurazleena Ismail atas penganugerahan Anugerah Khas Penolong Naib Canselor (Keusahawanan) bagi pencapaian 2022 yang telah dianugerahkan pada 29 Ogos 2023 dalam Mesyuarat dan Bengkel Halatuju Keusahawanan UiTM bersama Koordinator Keusahawanan seluruh sistem UiTM bertempat di Avillion Admiral Cove, Port Dickson, Negeri Sembilan.