Lawatan Penanda Aras Bahagian Hal Ehwal Pelajar UiTM Cawangan Kelantan Ke Universiti Sains Malaysia (USM) dan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)

PULANG PINANG, 7 April - Lawatan penanda aras Bahagian Hal Ehwal Pelajar UiTM Cawangan Kelantan ke Universiti Sains Malaysia dan Universiti Pendidikan Sultan Idris merupakan satu idea dari Timbalan Rektor HEP UiTM Cawangan Kelantan, Encik Meer Zhar Farouk Amir Razli pada 20 – 21 Mac 2024. Inisiatif ini bertujuan untuk menjana idea–idea baharu dalam kalangan ketua-ketua unit HEP di dalam menguruskan operasi dan perkhidmatan di UiTM Cawangan Kelantan.

Tujuan lawatan penanda aras adalah untuk perkongsian pintar, sebagai penanda aras dan perolehan input-input yang berguna yang boleh dijadikan panduan dan rujukan. Secara tidak langsung, program seperti ini dapat membina jaringan antara Universiti Awam lain. Lawatan ini telah disertai Timbalan Rektor HEP dan 9 orang Ketua Unit HEP serta 12 orang pelajar (Majlis Perwakilan Pelajar sesi 2023 /2024).

Daripada lawatan tersebut, beberapa hasil yang diperolehi adalah cadangan mewujudkan ruang keusahawanan & penjanaan pelajar yang lebih kondusif, proses kadar harga untuk penjanaan pendapatan melalui Ruang Niaga dan keusahawanan pelajar, operasi Unit Kaunseling & Kerjaya yang lebih baik, penambahbaikan Pengurusan Kebajikan Pelajar, naik taraf kemudahan pelajar dan Kampus UiTM Machang yang merujuk kepada Aurora Advanture Park UPSI Proton City dan kemudahan Smart Hostel USM Pulau Pinang, meneliti skop kerjasama yang dapat dilaksanakan antara unit–unit di bawah HEP UiTM Cawangan Kelantan dengan pihak UPSI dan USM, ruang kondusif dan perabot berkonsep moden (merujuk Healing Corner UPSI , Student Lounge USM & UPSI, Bilik Gerakan MPP USM dan The NEST USM).

Secara keseluruhannya, lawatan ini telah berjaya memberi idea-idea baharu untuk dipraktikkan di UiTM Cawangan Kelantan. Semoga penambahbaikan ini akan meningkatkan lagi mutu kerja Bahagian Hal Ehwal Pelajar. 

Penyedia Laporan:
Encik Mohd Azrul Sidek
Penolong Pendaftar Kanan
Bahagian Hal Ehwal Pelajar