Majlis Hari Kemuncak Inovasi Universiti Teknologi MARA Cawangan Kelantan 2023

Sukacita dimaklumkan bahawa Majlis Hari Kemuncak Inovasi UiTM Cawangan Kelantan 2023 anjuran bersama Akademi Pengajian Bahasa dan Perpustakaan Tengku Anis akan diadakan buat julung kalinya. Majlis bertemakan “Bekwoh Lebaran @ Inovasi” menggabungkan sambutan Hari Kemuncak Inovasi 2023 serta Majlis Hari Raya UiTM Cawangan Kelantan 2024.

Ketetapan adalah seperti berikut:

Tarikh: 18 April 2024

Masa: 8:00 pagi sehingga 1:30 tengah hari

Tempat: Dewan Profesional UiTM Cawangan Kelantan

Para staf digalakkan untuk memakai persalinan yang bersesuaian dengan tema majlis “Bekwoh Lebaran @ Inovasi” seperti berikut:

  • Busana Hari Raya Aidilfitri

  • Busana ke kenduri kahwin/ “bekwoh”.

    Contohnya;

    • Sebagai raja sehari/ pengantin

    • Sebagai ibu/ ayah/ ahli keluarga pengantin

    • Sebagai pembantu kenduri kahwin/ “jong kako”

    • Sebagai tetamu menghadiri kenduri kahwin

Kehadiran semua staf UiTM Cawangan Kelantan adalah DIWAJIBKAN.

Disertakan Borang Pengesahan Kehadiran bagi Majlis Kemuncak Hari Inovasi UiTMCK 2023.

Mohon kerjasama SEMUA STAF UiTMCK KAMPUS MACHANG DAN KAMPUS KOTA BHARU bagi mengisi pengesahan kehadiran ini (HADIR atau TIDAK HADIR) selewat-lewatnya pada 14 April 2024 bagi kelancaran urusan majlis.

Borang Pengesahan Kehadiran

JOM KENDURI HARI RAYA DI MAJLIS HARI KEMUNCAK INOVASI 2023!