Perjumpaan Dekan AAGBS bersama Pensyarah

KOTA BHARU, 22 April - Majlis Perjumpaan Dekan Arshad Ayub Graduate Business School (AAGBS) bersama para pensyarah UiTM Cawangan Kelantan telah berlangsung pada 20 April 2025 bertempat di Dewan Latihan, UiTM Cawangan Kelantan Kampus Kota Bharu. Program ini dianjurkan oleh Pusat Pengajian Siswazah dengan tujuan untuk memperkukuh hubungan antara pihak pengurusan fakulti dan pensyarah, serta menyampaikan halatuju dan perkembangan terkini fakulti. Majlis dimulakan dengan ucapan aluan oleh Rektor UiTM Cawangan Kelantan, Profesor Dr. Mohd Afandi Mat Rani, diikuti dengan taklimat oleh Dekan AAGBS, Profesor Dr. Norzanah Mat Nor.

Sesi soal jawab turut diadakan bagi memberi ruang interaksi dua hala antara pensyarah dan pihak pengurusan. Majlis turut diserikan dengan gimik penyerahan Sijil Akreditasi AACSB daripada pihak AAGBS kepada Rektor UiTM Cawangan Kelantan, sebagai simbolik pencapaian antarabangsa fakulti. Program diakhiri dengan penyampaian cenderamata dan bersurai sekitar jam 11:00 pagi.

 

 

 

Universiti Teknologi MARA(UiTM)
Cawangan Kelantan Kampus Kota Bharu
Lembah Sireh,
15050 Kota Bharu
Kelantan Darul Naim

General Inquiry:
Unit Komunikasi Korporat,
Universiti Teknologi MARA Cawangan Kelantan Kampus Kota Bharu

Website Inquiry:
korporatuitmkb@uitm.edu.my

Tel : +6 (09) 741 7700 / 7733
Faks : +6 (09) 741 7702

© COPYRIGHT UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA 2020