Program Sumbangan Iftar Ramadan

KOTA BHARU, 13 Mac 2025 – Program Sumbangan Iftar Ramadan telah berjaya dilaksanakan pada 25 Februari hingga 28 Februari 2025 anjuran Unit Hal Ehwal Islam (UHEI) UiTM Kampus Kota Bharu. Program yang berjalan selama 4 hari berjaya mengajak para penderma/penyumbang untuk menyalurkan sumbangan terus ke akaun Amanah Sedekah UiTM Kampus Kota Bharu melalui kaedah kod QR. Pihak penganjur telah berjaya mengumpulkan nilai keseluruhan sumbangan sebanyak RM 902.00.

Kesemua sumbangan yang diterima ini telah digunakan untuk pembelian kurma bagi diagihkan kepada seluruh warga staf Kampus Kota Bharu termasuklah staf kontraktor pembersihan dan pembaikan serta pelajar praktikal. Majlis penyampaian sumbangan telah disempurnakan oleh Ts. Dr. Khalid Abdul Wahid, Penolong Rektor UiTM Kampus Kota Bharu pada 6 Mac 2025.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua para budiman yang telah menyalurkan sumbangan ikhlas. Semoga segala ibadah dan sumbangan yang diberikan dalam program ini diberkati dan dirahmati oleh Allah S.W.T.

 

 

 

Penyedia Laporan:
Encik Husaini Ab Razab
Penolong Pendaftar Kanan
UiTM Kampus Kota Bharu

Universiti Teknologi MARA(UiTM)
Cawangan Kelantan Kampus Kota Bharu
Lembah Sireh,
15050 Kota Bharu
Kelantan Darul Naim

General Inquiry:
Unit Komunikasi Korporat,
Universiti Teknologi MARA Cawangan Kelantan Kampus Kota Bharu

Website Inquiry:
korporatuitmkb@uitm.edu.my

Tel : +6 (09) 741 7700 / 7733
Faks : +6 (09) 741 7702

© COPYRIGHT UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA 2020