Latar belakang penubuhan Pejabat Polis Bantuan UiTM Kota Bharu pada awal penubuhan dikenali sebagai Unit Keselamatan dan diselia oleh Bahagian Pentadbiran.

Unit Keselamatan mendapat pengiktirafan menjadi Pejabat Polis Bantuan UiTM Kota Bharu yang mana telah berkuatkuasa pada Julai 2011 selaras dengan Ibu Pejabat Polis Bantuan Shah Alam dan cawangan lain. Pejabat Polis Bantuan UiTM Kota Bharu kini diletakkan di bawah seliaan Penolong Rektor UiTM Kampus Kota Bharu.

Anggota yang telah menghadiri Kursus Asas Polis Bantuan terlibat melakukan rondaan bersama-sama pihak PDRM di sekitar Kota Bharu.

Moto pasukan Polis Bantuan UiTM Kota Bharu adalah Tegas, Adil dan Berhemah.
 

VISI
Pejabat Polis Bantuan sebagai pusat pengurusan keselamatan universiti yang cemerlang berteraskan penggunaan teknologi bagi menyokong dan mendorong kearah pencapaian visi universiti.

 

MISI
Memberi perkhidmatan yang profesional, berintegriti dan berakauntabiliti bagi mewujudkan suasana kampus yang selamat dan sejahtera demi menjaga imej universiti.


 
OBJEKTIF KUALITI
  1. Memastikan anggota Polis Bantuan yang siapsiaga dan kompeten;
  2. Melaksanakan kawalan keselamatan yang sistematik dan berterusan;
  3. Menguatkuasakan undang-undang dan peraturan terhadap warga unversiti secara berhemah dan proaktif;
  4. Menyediakan urusan perkhidmatan keselamatan berteraskan penggunaan teknologi.

Kami beriltizam memberikan perkhidmatan pelanggan yang cekap dan berkesan dengan:

  1. Memberi khidmat kawalan keselamatan kampus selama 24 jam secara sopan, berdisiplin dan berkualiti.
  2. Menjalankan rondaan keselamatan sekurang-kurangnya 3 kali setiap syif;
  3. Menguatkuasakan undang-undang dan peraturan universiti untuk mengurangkan salahlaku warga kampus;
  4. Membuat kawalan lalulintas, mengatur letak kenderaan dan memberi pandu arah secara lebih sistematik
  5. Memberi bantuan awal dan segera yang patut terhadap sesuatu kes kecemasan seperti bila berlaku kesakitan, kemalangan, kebakaran dan lain-lain.
  6. Menjalankan siasatan terhadap kes-kes melanggar peraturan UiTM dan menyediakan laporan secara adil.
  7. Menyelesaikan perkhidmatan kaunter kurang daripada 15 minit.
 
CARTA-PB

Universiti Teknologi MARA Cawangan Kelantan Kampus Kota Bharu,
Lembah Sireh,
15050 Kota Bharu
Kelantan Darul Naim

Tel : +6 (09) 741 7700 / 7733
Faks : +6 (09) 741 7702

© COPYRIGHT UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA 2020