Unit Pengurusan Fasiliti merupakan salah satu bahagian utama yang bertanggungjawab untuk menyelenggara keseluruhan bangunan dan kawasan sekitar kampus. Terdapat  4 unit di Bahagian Pengurusan Fasiliti iaitu Unit Awam, Unit Majlis (UAKM), Unit Mekanikal dan Unit Elektrikal dan Telekomunikasi (UMET).
 
Pada tahun 1985, Institut Teknologi MARA (ITM) Kelantan ditubuhkan di tapak sementara di bangunan Pengakap Kem Kijang di Pantai Cahaya Bulan di bawah pengurusan En. Said Abu sebagai Pengetua pertamanya. Unit Selenggaraan ditadbir oleh Penolong Pendaftar dan diketuai oleh En. Mahyuddin sebagai juruteknik dengan bilangan staf seramai 17 orang.

Pada tahun 1993, pembinaan kampus tetap telah dilaksanakan dengan Fasa 1 yang melibatkan bangunan Blok Pentadbiran, Blok Kuliah A, Blok Asrama Kolej Tun Abdul Rahman dan Tun Razak, Blok Unit Perubatan dan Dewan Profesional dan siap sepenuhnya pada tahun 1995. Projek seterusnya melibatkan pembinaan Fasa 2 pada tahun 1998 merangkumi bangunan Kuliah B, Pusat Islam, Rumah Staf, Rumah Universiti dan Padang-padang permainan.

Pada tahun 1999, projek pembangunan Fasa 3 melibatkan pembinaan bangunan FSSR dan pada tahun 1999 juga projek Fasa 4 iaitu bangunan Perpustakaan mula dibina. Projek pembangunan seterusnya ialah projek Fasa 5 iaitu pembinaan bangunan asrama Kolej Dato’Onn dan Tun Hussein Onn.

UiTM Cawangan Kelantan Kampus Kota Bharu mula beroperasi pada tahun 2009.

VISI

Menjadi sebuah organisasi pengurusan fasiliti bumiputra profesional sejajar dengan visi UiTM. 


MISI

Mempertingkatkan pengurusan fasiliti serta mengoptimumkan penggunaan aset secara profesional melalui kaedah dan teknologi terbaik untuk menyediakan prasarana pendidikan, pembelajaran dan penyelidikan yang kondusif serta dinamik kepada UiTM.


DASAR KUALITI

Unit Pengurusan Fasiliti beriltizam untuk memberi perkhidmatan yang cekap, cepat, berkualiti dan cemerlang dengan mengutamakan kehendak pelanggan. Kami menjanjikan keluaran dan perkhidmatan yang memuaskan kepada pelanggan.

Kami beriltizam untuk memberikan perkhidmatan yang cekap, cepat, berkualiti dan cemerlang dengan mengutamakan kehendak pelanggan. Kami menjanjikan keluaran dan perkhidmatan yang memuaskan kepada pelanggan 
  • Memastikan Pengajaran, Pembelajaran dan Penyelidikan di UiTM dapat dijalankan dengan sempurna.
  • Sentiasa memberi perkhidmatan dengan cekap, tidak berkompromi dari segi kualiti dan keselamatan.
  • Sentiasa menepati janji kepada pelanggan dan rakan sejawat.
Bahagian ini diketuai oleh En Rowadi Md Said ( Penolong Jurutera  ) dengan dibantu oleh 6  orang staf sokongan. Staf sokongan di Unit Pengurusan Fasiliti  (UPF) adalah seperti berikut:
  • Dua (2) orang Penolong Jurutera
  • Dua (2) Tukang
  • Dua (2) Pembantu Rendah Am (PRA)

Kesemua Tujuh (7) orang staf sokongan ini adalah merupakan aset penting dan teras kekuatan Unit Pengurusan Fasiliti ( UPF ) UiTM  Kampus Kota Bharu.
cartaFungsiUPF

Universiti Teknologi MARA Cawangan Kelantan Kampus Kota Bharu,
Lembah Sireh,
15050 Kota Bharu
Kelantan Darul Naim

Tel : +6 (09) 741 7700 / 7733
Faks : +6 (09) 741 7702

© COPYRIGHT UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA 2020