Persatuan Community of Bachelor in Statistics (COMOBISTA) merupakan satu persatuan akademik UiTM Cawangan Kelantan. Ahli persatuan COMOBISTA merangkumi semua pelajar Sarjana Muda Sains (Kepujian) Statistik (CS241) dan Sarjana Muda Sains (Kepujian) Statistik dan Sarjana Muda Keusahawanan (Logistik dan Perniagaan Pengedaran) dengan Kepujian (CS291). Penubuhan Persatuan COMOBISTA merupakan inisiatif yang dijalankan bertujuan untuk menyediakan peluang dan ruang kepada mahasiswa dan mahasiswi jurusan statistik di UiTM Kelantan yang mempunyai minat, hasrat dan kecenderungan yang sama untuk bergabung, berkerjasama dan berkongsi sumber dalam melaksanakan aktiviti dan mencapai objektif persatuan yang telah ditetapkan dan dipersetujui bersama. Keanggotaan dalam persatuan ini akan membantu dalam pembentukan dan pembinaan kualiti pelajar sebagai ahli yang aktif dibawah satu pimpinan dan pertubuhan.
Persatuan COMOBISTA juga merupakan satu kerjasama diantara pensyarah dan mahasiswa dalam membantu ahli COMOBISTA untuk meningkatkan prestasi dalam pembelajaran dan melatih kemahiran komunikasi dengan melaksanakan pelbagai program yang berkesan. Di samping itu, persatuan COMOBISTA juga ditubuhkan bertujuan untuk membantu pihak UiTM bagi mencapai objektif UiTM iaitu mempertingkatkan penghayatan nilai melalui program pengukuhan.
HEP
- PERTANDINGAN VIDEO BERTEMAKAN NORMA BAHARU :
Aktiviti ini merupakan aktiviti pertama yang dijalakankan sempena pandemik COVID19 yang melanda Negara Malaysia pada tahun 2020.
- STATS FUN RUN:
Aktiviti ini merupakan kerjasama antara pihak UiTM Cawangan Kelantan, persatuan COMOBISTA dan juga pihak Department of Statistics Malaysia (DOSM).
- FAMILY DAY:
Family Day adalah aktiviti yang wajib dijalankan kerana aktiviti ini dapat mengeratkan hubungan antara pelajar statistik dengan penasihat akademik (PA) masing-masing.
- WEBINAR KERJAYA:
Program dimana penceramah luar dijemput untuk berkongsi tentang hala tuju pelajar setelah tamat pengajian dan program ini terbuka kepada semua pihak.
HEA:
- KLINIK STATISTIK:
Program untuk membantu pelajar statistik menguasai subjek-subjek yang sukar untuk peperiksaan akhir.
- EFFECTIVE WAY:
Program ini dijalankan khas kepada pelajar semester 5 dan 6 untuk mengetahui cara menyediakan laporan Final Year Project (FYP) dengan lebih terperinci.