Wakil Pelajar
(City Campus Representative Jawatankuasa Perwakilan Non Resident)
Ringkasan CCR JPNR
City Campus Representative Jawatankuasa Perwakilan Non Resident atau lebih di kenali dengan panggilan CCR JPNR. Kami merupakan badan perwakilan pelajar di UiTM dengan skop tugas utama kami adalah sebagai perantaraan / medium mahasiswa dengan pihak pengurusan universiti. CCR JPNR mula ditubuhkan pada tahun 2008 dengan ahlinya seramai tujuh (7) orang. Kini pada tahun 2021, CCR JPNR telah mempunyai lapan belas (18) ahli dan dibimbing oleh seorang (1) penasihat yang mana kami terdiri daripada 4 Majlis Tertinggi, 8 Exco dan 6 sekretariat.
CCR JPNR juga sentiasa bergerak sealiran dengan Unit Hal Ehwal Pelajar UiTM Cawangan Kelantan Kampus Bharu di dalam menyampaikan maklumat-maklumat terkini kepada mahasiswa.
Kami akan berusaha senggembleng tenaga bersama kakitangan UiTM dan mahasiswa Non – resident untuk mencapai visi dan misi yang ditetapkan agar dapat dicapai. Antara perlaksanaan aktiviti yang wajib kami lakukan pada setiap semester adalah Hari Organisasi Mahasiswa (Homsis), Solat Hajat, dan Kunjung Hormat. Aktiviti yang dilaksanakan bukan sahaja mengeratkan hubungan silaturahim antara mahasiswa dengan kakitangan UiTM, malah dapat memupuk sikap kepimpinan di kalangan ahli CCR JPNR.
Antara aktiviti yang dijalankan pada semester pandemik pada tahun 2020 seperti Quarantine Cooking Challenge, E-Homsis dan juga Forum Covid-19 yang mana platform utama kami sepanjang dalam talian adalah di social media. Walaupun terdapat beberapa keterbatasan melaksanakan aktiviti secara virtual, kami mampu menjalani semua program dengan jayanya. CCR JPNR merupakan sebuah badan organisasi yang aktif dalam menjalankan aktiviti antarabangasa antaranya, kami pernah melaksana program antarabangsa bersama Indonesia “Mal-Indo Culture Linkage” dan juga Vietnam “Global Outreach Program”.
Kami boleh dihubungi melalui laman Facebook kami di:
Carta Organisasi
Sekretariat CCR JPNR