Unit Kerjaya dan Kaunseling
Unit Kerjaya dan Kaunseling merupakan salah satu unit yang ditubuhkan di Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP), UiTM Kampus Kota Bharu yang menyediakan perkhidmatan kaunseling secara individu atau berkelompok. Unit kerjaya dan kaunseling merupakan satu perkhidmatan untuk membantu individu dalam proses pemahaman diri, penerimaan diri, perancangan masa depan, mengurus halangan yang mengganggu diri mereka dan persekitaran serta panduan bagaimana menyelesaikan masalah yang dihadapi. Falsafah penubuhan unit ini adalah berdasarkan pada kepercayaan bahawa setiap manusia mempunyai kemampuan dan potensi semula jadi tertentu yang dapat dipupuk dan disalurkan secara positif agar dapat memberikan sumbangan yang signifikan dalam pembangunan diri, masyarakat, bangsa, agama dan negara.