Permohonan Bantuan Zakat Dalam Talian Bagi Pelajar Diploma dan Ijazah Sarjana Muda (Sesi Mac - Ogos 2024 (20242)

Unit Zakat, Sedekah dan Wakaf UiTM Cawangan Kelantan telah membuka permohonan bantuan zakat pelajar secara atas talian bagi sesi Mac - Ogos 2024 (20242) bagi pelajar Diploma dan Ijazah Sarjana Muda.

Permohonan bantuan zakat boleh dibuat melalui aplikasi Portal Pelajar UiTM berdasarkan tarikh permohonan yang telah ditetapkan.

▶️Tarikh Buka Permohonan
31 Mac 2024 (Ahad)

▶️Tarikh Tutup Permohonan
18 April 2024 (Khamis)

Tempoh Permohonan: 3 minggu

▶️Tarikh Temuduga
21 April 2024 – 2 Mei 2024 (2 minggu)

Permohonan awal adalah digalakkan bagi membolehkan bantuan diterima awal.
Sebarang permohonan selepas tarikh yang dinyatakan adalah TIDAK AKAN DIPROSES.

Unit Zakat, Sedekah dan Wakaf
Universiti Teknologi MARA Cawangan Kelantan