JAWATAN KOSONG: Iklan Jawatan Kosong (Pentadbiran) Tahun 2024, UiTM Cawangan Kelantan

Universiti Teknologi MARA (UiTM) dengan ini mempelawa calon-calon Warganegara Malaysia berstatus Bumiputera yang berkelayakan dalam bidang yang berkaitan untuk mengisi jawatan Tetap di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Kelantan.

  1. Iklan Jawatan Kosong UiTMCK
  2. Borang Permohonan Jawatan Pentadbiran

 PERHATIAN KEPADA PEMOHON

1.    Setiap permohonan MESTILAH disertai bersama SALINAN dokumen berikut yang telah DISAHKAN:

  • Kad Pengenalan Calon, Ibu & Bapa
  • Sijil Kelahiran Calon, Ibu & Bapa
  • Sijil SPM/MCE, HSC/STPM atau setaraf
  • Diploma (Skrol dan Transkrip Akademik Terperinci)
  • Surat Pengiktirafan Kelayakan Akademik
  • Surat Pengesahan Perkhidmatan dari majikan sedia ada / terdahulu untuk mengambil kira pengalaman kerja / penetapan gaji
  • Salinan Kenyataan Perkhidmatan yang dikemaskini (bagi kakitangan kerajaan/ Badan Berkanun/separa kerajaan yang sedang berkhidmat) dan Laporan Prestasi Tahunan

CARA-CARA MEMBUAT PERMOHONAN

1. Permohonan hendaklah dibuat menggunakan Borang Perjawatan UiTM yang boleh diperolehi dengan melayari laman sesawang UiTM Cawangan Kelantan di https://kelantan.uitm.edu.my/index.php

2. Sila kemukakan salinan permohonan (PDF) melalui pautan seperti berikut: https://forms.gle/9aLokfDXybHShTVD8

3. Borang / dokumen yang tidak lengkap, tidak jelas dan kabur tidak akan diproses.

4. Hanya pemohon – pemohon yang layak dan disenarai pendek akan dipanggil untuk temu duga. Sekiranya anda terpilih untuk ditemu duga, sila bawa bersama dokumen asal dan satu (1) salinan borang yang telah dicetak dan disahkan ke sesi temu duga.

5. Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.

TARIKH TUTUP PERMOHONAN ADALAH PADA: 29 APRIL 2024 (ISNIN).

Sebarang pertanyaan, boleh hubungi Unit Perjawatan UiTMCK (This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.) di talian berikut:
- https://wa.me/099762068 (Whatsapp business)
- https://wa.me/099762024 (Whatsapp business)