Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) Antara UiTM Dan Yayasan Hijau Malaysia (YHM) Serta Perasmian Program 'One To One Tree' Universiti Teknologi MARA

MACHANG, 31 Mac - Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) Antara UiTM Dan Yayasan Hijau Malaysia (YHM) Serta Perasmian Program 'One To One Tree' Universiti Teknologi MARA telah berjaya diadakan. Turut diraikan di UiTM Cawangan Kelantan dengan penanaman pokok sebagai tanda simbolik oleh Prof. Madya Dr. Zulkifli Mohamed, Menjalankan Tugas Rektor UiTMCK bersama-sama Prof. Madya Ts. Dr. Hj. Ghazali Osman, Timb. Rektor Hal Ehwal Akademik UiTMCK. Turut hadir barisan pengurusan kanan UiTM Cawangan Kelantan.

Program yang dijalankan secara hibrid itu dilancarkan oleh YB Datuk Seri Takiyuddin Hassan, Menteri Tenaga dan Sumber Asli. Program yang diadakan secara dalam talian menerusi YouTube Live ini dipancarkan secara langsung di seluruh kampus UiTM. Tujuan utama program ini adalah untuk menghijaukan kampus dengan penanaman pokok-pokok dan memupuk semangat cintakan alam sekitar. “Greening Malaysia: Our Trees, Our Life”

#MoU
#OneToOneTree
#UiTMDihatiku
#UiTMCawanganKelantan