Majlis Menandatangani Memorandum Perjanjian Penyelidikan Secara Maya Antara Universiti Teknologi Mara, Malaysia (UiTM) dan Universitas Swadaya Gunung Jati (UGJ)

MACHANG, 15 Mac - Hubungan dua hala antara Malaysia dan Indonesia yang telah sekian lama terjalin dalam pelbagai bidang, sekali lagi terbukti hari ini, 15 Mac 2022 (Selasa) apabila kedua-dua pihak bersetuju untuk menandatangani Memorandum Perjanjian Penyelidikan bagi Geran Padanan Penyelidikan Antarabangsa yang akan dijalankan oleh kedua-dua universiti. Malaysia yang diwakili oleh Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan Indonesia diwakili oleh Universitas Swadaya Gunung Jati (UGJ) bersetuju untuk menjalankan satu penyelidikan yang akan mengkaji prestasi akademik mahasiswa kedua-dua universiti ini semasa pandemik COVID-19. Perjanjian yang bermula pada 15 Mac 2022 dan akan berakhir pada 14 Mac 2024 telah ditandatangai oleh YBrs Prof. Madya Dr. Zulkifli Mohamed, Menjalankan Tugas Rektor UiTM Cawangan Kelantan (UiTMCK) bagi pihak UiTM dan Professor Dr. H. Mukarto Siswoyo, Drs., M.S.i, Rektor UGJ. 

Penyelidikan yang dianggotai oleh empat (4) pensyarah daripada Fakulti Pengurusan dan Perniagaan (UiTMCK) dan empat (4) pensyarah daripada UGJ ini diketuai oleh Dr. Mariam Setapa daripada UiTMCK. Melalui perjanjian ini, kedua-dua pihak bersetuju untuk membiayai bersama penyelidikan ini dengan jumlah RM10,000.