Majlis Anugerah Pencapaian UiTMCK 2021

TANAH MERAH, 14 Mac - Unit Transformasi Universiti (UTU) telah berjaya menganjurkan Majlis Anugerah Pencapaian UiTM Cawangan Kelantan bagi pencapaian KPI tahun 2021. Majlis tersebut diadakan di Restoran Selera Tepi Sungai, Tanah Merah, Kelantan pada 10 Mac yang lalu.

Kampus UiTM Cawangan Kelantan telah mendapat skor 94 peratus bagi tahun 2021, meletakkan kampus ini di kedudukan ke-8 daripada 13 kampus UiTM. UiTM Cawangan Kelantan juga diberi penarafan 6 bintang bagi pencapaian tersebut. Selain itu, antara objektif utama majlis adalah menyampaikan penghargaan kepada PEMILIK dan PELAKSANA UiTMCK 2021 atas pencapaian KPI 2021 tersebut.

Di dalam majlis tersebut, PEMILIK yang terdiri daripada bahagian atau unit telah diberi penghargaan atas pencapaian masing-masing. Tiga PEMILIK yang mencapai 100% pencapaian adalah Pejabat Bendahari, MASMED, dan Pendaftar, dikuti oleh HEP (94.29%), ICAN (93.64%), URMI (91.4%), OIA (86.67%) dan UHEK (83.33%).

Sementara itu, di peringkat PELAKSANA iaitu terdiri daripada fakulti-fakulti di UiTM Cawangan Kelantan, telah dinobatkan penarafan bintang. Sebanyak empat fakulti dinobatkan 6 bintang iaitu, FPP, FSKM, FP, dan FLIPS. Manakala, tiga fakulti mendapat penarafan 5 bintang iaitu APB, ACIS, dan FSSR.

Majlis penuh bermakna itu diteruskan dengan penyerahan dokumen perancangan bagi tahun 2022. Sebanyak 10 PEMILIK KPI terlibat iaitu tambahan 2 berbanding tahun 2021. Dua PEMILIK baru tersebut adalah Unit Kualiti dan Bahagian Pengurusan Fasiliti.