Dekan FSSR di UiTM Cawangan Kelantan

MACHANG, 12 Disember - Dekan Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka (FSSR) UiTM yang baharu, Prof. Dr. Shahriman Zainal Abidin telah membuat lawatan kerja ke FSSR UiTM Cawangan Kelantan pada Ahad lalu.

 

Kehadiran beliau disambut oleh Ketua Pusat Pengajian FSSR, Ts. Emilia Abdull Manan dan penyelaras-penyelaras program yang terdiri daripada AD111 (Grafik & Media Digital), AD112 (Tekstil), AD113 (Logam Halus) dan AD118 (Seni Halus) serta beberapa pensyarah-pensyarah fakulti.

Dalam lawatan tersebut, beliau sempat bertemu dengan Pengurusan Eksekutif UiTM Cawangan Kelantan untuk berkongsi perkembangan semasa. Beliau turut berkesempatan melawat pameran BATIK KEMUNING di lobi Bahagian Penyelidikan, Jaringan Industri dan Alumni.

Pertemuan ini juga dijalankan secara hibrid bersama pensyarah fakulti. Dalam program tersebut, Ts. Emilia telah membuat perkongsian mengenai FSSR UiTM Cawangan Kelantan dan juga kejayaan-kejayaan yang telah diraih.

Selain daripada itu, Prof. Dr. Shahriman turut menyampaikan amanat serta aspirasi yang ingin beliau capai setelah dilantik menjadi dekan. Para pensyarah FSSR mengambil peluang ini untuk bertanyakan soalan dan beramah mesra dengan beliau.

Dengan adanya program bersama dekan ini, ianya diharap agar dapat menyuntik semangat kepada para pensyarah FSSR UiTM Cawangan Kelantan untuk memantapkan lagi kecemerlangan diri, fakulti dan kampus.

Dekan juga telah meluangkan masa dengan membuat lawatan ke bengkel-bengkel, studio dan galeri FSSR bagi melihat hasil-hasil karya para pelajar dan juga pensyarah.

Beliau turut menyampaikan gimik tanda penghargaan kepada KPP FSSR di atas pencapaian Skor Purata Tertinggi dalam kategori Pengalaman ODL bagi sesi Mac - Ogos 2021 UiTM.

 

#LawatanDekan
#FakultiSeniLukisSeniReka
#UiTMCawanganKelantan