Bengkel Penerbitan Jurnal Bersama Pengurus Penyunting Jurnal Management and Accounting Review (MAR)

JEMPUTAN UNTUK MENGHADIRI BENGKEL PENERBITAN JURNAL BERSAMA PENGURUS PENYUNTING JURNAL MANAGEMENT AND ACCOUNTING REVIEW (MAR)

Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian Penyelidikan, Jaringan Industri & Alumni (PJIA) dan Fakulti Sains Komputer dan Matematik (FSKM), UiTM Cawangan Kelantan akan mengadakan “Bengkel Penerbitan Jurnal Bersama Pengurus Penyunting Jurnal of Management and Accounting Review (MAR)” secara atas talian bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para penulis khasnya dalam menerbitkan kertas kajian mereka dalam MAR berindeks SCOPUS (Q4). Bengkel ini akan diadakan seperti ketetapan berikut:

Tarikh : 05 Oktober 2021 (Selasa)
Masa : 2.30 - 4.30 petang
Platform : Cisco Webex (http://bit.do/bengkel-penerbitan-jurnal-MAR)

Masa Butiran
2.00 ptg – 2.30 ptg : Pendaftaran masuk (Cisco Webex)
2.30 ptg – 2.35 ptg : Bacaan doa oleh En Faiez Suhaimin
2.35 ptg – 2.45 ptg : Ucapan Aluan dan Perasmian oleh Timbalan Rektor PJIA, UiTMCK
- Dr. Syerina Azlin Md Nasir
2.45 ptg – 4.00 ptg : Sesi Taklimat oleh Pengurus Penyunting MAR
- Dr. Intan Salwani Mohamed
• Asas-asas penulisan, tips-tips penulisan.
• Merangka Penulisan Saintifik: Penyediaan Abstrak, Pengenalan & Kaedah Penyampaian,
Keputusan: Teks, Jadual dan Rajah,
• Penulisan: Perbincangan dan Kesimpulan Menyediakan Rujukan.
4.00 ptg – 4.30 ptg : Sesi soal jawab
4.30 ptg : Tamat

Sehubungan dengan itu, pihak PJIA & FSKM, UiTMCK ingin menjemput YBhg. Dato’/Datuk/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan untuk menghadiri program tersebut.

Semoga program yang akan dijalankan ini akan dapat memberi manfaat kepada semua.

Sekian, terima kasih.

“WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030”

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

B/p: Jawatankuasa “Bengkel Penerbitan Managing Editor MAR”
PJIA & FSKM, UiTM Cawangan Kelantan