Garis Panduan Penubuhan Special Interest Group (SIG)

PENGENALAN

Special Interest Group (SIG) adalah kumpulan penyelidik yang mempunyai fokus penyelidikan dan bidang kepakaran yang spesifik.

OBJEKTIF PENUBUHAN

Penubuhan SIG adalah bertujuan untuk menyediakan platform kepada pensyarah dan staf UiTM Cawangan Kelantan untuk menjalankan aktiviti penyelidikan, penerbitan, inovasi dan perundingan yang lebih fokus kepada bidang kepakaran tertentu.

Kumpulan Penyelidikan yang akan ditubuhkan ini adalah penting bagi meningkatkan dan menyemarakkan aktiviti penyelidikan di kalangan pensyarah UiTM Cawangan Kelantan.

SYARAT PENUBUHAN

  1. Terdiri daripada sekurang-kurangnya lima (5) orang dan tidak melebihi lapan (8) orang Ahli Tetap termasuk ahli dari fakulti lain.

  2. Ketua SIG mestilah pernah menjadi ketua penyelidik atau ahli samada geran berbiaya atau tanpa biaya yang berdaftar.

  3. Kumpulan penyelidik mempunyai minat yang sama dan masih mempelajari atau pada tahap mempertingkatkan kepakaran dalam satu bidang penyelidikan serta aktif menghadiri seminar, konferensi dan lain-lain aktiviti akademik.

  4. Pelantikan sebagai Ahli Tetap SIG adalah dihadkan kepada dua (2) SIG sahaja.

KEY PERFORMANCE INDICATOR (KPI)

KPI tahunan yang ditetapkan bagi SIG adalah seperti berikut:

  KPI Bil Per Tahun
1

Konferens

1
2

Penerbitan dalam Jurnal Berindeks

1

Penerbitan dalam Jurnal Tidak Berindeks

2
3

Permohonan Geran Penyelidikan

 2
4

Inovasi

 2

KAEDAH PERMOHONAN

Pensyarah dikehendaki mengisi borang pendaftaran yang boleh didapati di Pejabat PJIA (BPSIG/PJIA/URMI/UiTMCK/2018) atau di laman web UiTM Cawangan Kelantan. Pemohon / Ketua SIG adalah WAJIB membuat pembentangan di Jawatankuasa Penyelidikan UiTM Negeri (JNPP) yang dipengerusikan oleh Rektor atau pengerusi ganti, berkenaan permohonan penubuhan SIG dengan melengkapkan template yang disediakan. Setelah diluluskan oleh ahli mesyuarat JNPP, pemohon hendaklah menyerahkan borang pendaftaran ke Bahagian PJIA untuk proses pendaftaran. Fungsi PJIA adalah untuk memudah cara pembangunan kumpulan penyelidikan SIG.

Figure 1: Carta Alir Kaedah Permohonan Penubuhan SIG

PEMANTAUAN

Kumpulan penyelidikan SIG yang layak berdaftar akan dipantau oleh PJIA untuk memastikan KPI SIG yang ditetapkan tercapai.

Contacts

  webmedia @ kelantan.uitm.edu.my
  +609-9762000/3000
  +609-976 2001
  Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Kelantan 18500 Machang , Kelantan, Malaysia

Follow us on