IKLAN JAWATAN KOSONG : Jawatan Akademik dan Jawatan Pentadbiran UiTM Cawangan Kelantan ( Julai 2020 )

​ Universiti Teknologi MARA dengan ini mempelawa calon-calon Warganegara Malaysia yang berkelayakan dalam bidang-bidang yang berkaitan untuk mengisi jawatan Tetap/ Kontrakdi Universiti Teknologi MARA Cawangan Kelantanseperti berikut :

JAWATAN AKADEMIK

  1. Profesor - VK7
  2. Profesor Madya - DM53
  3. Pensyarah Kanan - DM51
  4. Pensyarah - DM45

JAWATAN PENTADBIRAN
  1. Pegawai Eksekutif (Kesatria)(Tetap)
  2. Pembantu Perawatan Kesihatan (Kontrak)

PERHATIAN KEPADA PEMOHON

1. Permohonan daripada calon yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan atau Badan-Badan Berkanun MESTILAH MELALUI KETUA JABATAN dan hendaklah disertakan dengan SALINAN KENYATAAN PERKHIDMATAN YANG DIKEMASKINI

2. Setiap permohonan MESTILAHdisertakan dengansalinan dokumen berikut yang telah DISAHKAN :

a). Kad Pengenalan Pemohon 

b) Salinan Sijil Kelahiran Pemohon Salinan 

c) Sijil Kelahiran Ibu Bapa 

d). Sijil SPM/MCE, HSC/STPM atau setaraf Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Sarjana, PhD (Skrol dan Transkrip Akademik Terperinci) 

e) Surat Pengiktirafan Kelayakan Akademik daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) Surat Pengesahan Perkhidmatan daripada majikan sedia ada/terdahulu untuk mengambil kira pengalaman kerja/penetapan gaji

f). Salinan Kenyataan Perkhidmatan yang dikemas kini (bagi kakitangan kerajaan/Badan Berkanun/separa kerajaan yang sedang berkhidmat) 

3. Nama jawatan/ bidang dan fakulti yang dipohon hendaklah dinyatakan dipenjuru atas sebelah kiri sampul permohonan 

4. Bagi permohonan jawatan Pensyarah/ Pensyarah Kanan/ Profesor Madya/ Profesor: 

- Pemohon-pemohon berkelayakanIjazah Sarjana hendaklah memiliki CGPA 3.00 ke atas/Kelas Kedua Tinggi/yang setaraf di peringkat Ijazah Sarjana Muda dan Sarjana 

- Keutamaan diberikan kepada calon yang memiliki kelayakan Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) 

5. Borang yang tidak lengkap dan permohonan calon dari jabatan kerajaan/badan berkanun/separa kerajaan yang tidak memohon melalui majikan tidak akan diproses 

6. Hanya pemohon-pemohon yang layak dan disenarai pendek akan dipanggil untuk temu duga. 

7. Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan daripada pihak Universiti selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak Berjaya 

8. Pemohon-pemohon mestilah bersedia untuk berkhidmat di UiTM Cawangan Kelantan 


CARA-CARA MEMBUAT PERMOHONAN 

Permohonan hendaklah dibuat menggunakanBorang Perjawatan Universiti Teknologi MARA yang boleh didapati di laman sesawang UiTM Cawangan Kelantan http://www.kelantan.uitm.edu.my

Tarikh tutup permohonan adalah pada 4OGOS 2020 (SELASA)

Sila kemukakan permohonan kepada :

Timbalan Pendaftar

Bahagian Pentadbiran

UiTM Cawangan Kelantan

Bukit Ilmu18500 Machang

KELANTAN DARUL NAIM




pdf
File Name: Iklan-Jawatan-Kosong-UiTMCK-2020
File Size: 181 kb
Download File
pdf
File Name: Borang-Permohonan-Jawatan-Pensyarah
File Size: 242 kb
Download File
pdf
File Name: Borang-Permohonan-Jawatan-Pentadbiran
File Size: 242 kb
Download File
TAHNIAH : Kenaikan Pangkat Kakitangan Kumpulan Pel...
SEBUT HARGA : Cadangan Kerja-Kerja Membaikpulih Pe...
 

Contacts

  webmedia @ kelantan.uitm.edu.my
  +609-9762000/3000
  +609-976 2001
  Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Kelantan 18500 Machang , Kelantan, Malaysia

Follow us on