Program Pra Pendidikan Tinggi (PPT)

ppt

Permohonan Pra Diploma

Permohonan adalah secara manual dengan mengisi borang yang boleh dimuat turun di pautan : https://pppt.uitm.edu.my/muat-turun

Sila sertakan bersama dokumen-dokumen yang telah disahkan ke alamat berikut:

 

Koordinator

Unit Misi Akademik & Pra Pendidikan Tinggi

UiTM Cawangan Kelantan, Kampus Machang

18500 Machang, Kelantan

No. Telefon : 09 - 9762041

 

Program Pra Pendidikan Tinggi (PPT)

Program Pra Pendidikan Tinggi (PPT) menawarkan peluang pengajian kepada calon untuk meneruskan pengajian di UiTM. Terdapat dua (2) program yang ditawarkan bagi peringkat Pra Diploma iaitu Pra Diploma Sains dan Pra Diploma Perdagangan. Tempoh pengajian adalah selama 1 semester (6 bulan). Kemasukan ke program ini adalah sebanyak 2 kali setahun iaitu pada bulan Mac dan September. Antara kemudahan yang disediakan sepanjang tempoh pengajian adalah seperti berikut:

  • Yuran pengajian percuma sepanjang pengajian (1 semester) 
  • Kemudahan asrama percuma 
  • Elaun bulanan / sara diri 
  • Pelajar yang lulus Program Pra Diploma berpeluang melanjutkan ke peringkat Diploma UiTM. Terdapat 66 program Diploma yang boleh dipilih untuk penerapan

 

Menjadi mahasiswa universiti sememangnya merupakan impian para pelajar, lebih-lebih lagi setelah menamatkan pengajian di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Namun, tidak semua daripada mereka mampu menjadikan impian ini satu realiti atas pelbagai faktor diantaranya kerana kurang menepati syarat keperluan dan juga kurang berkemampuan.

Faktor ini menyebabkan ramai anak Melayu, anak Orang Asli, anak Sarawak dan anak Sabah yang kurang berkemampuan terutamanya di luar bandar yang tercicir kerana kekurangan kemudahan pembelajaran, lalu terkandas dan meneruskan hidup tanpa ilmu dan kebolehan untuk meneruskan kehidupan. Sebagai menunaikan tanggungjawab yang besar kepada masyarakat, UiTM ingin membantu mereka demi membela nasib diri dan keluarga. Mereka akan ditawarkan tempat untuk mengikuti pra pengajian tinggi di semua cawangan UiTM.

Program Pra Pengajian Tinggi (PPT) adalah program yang dulunya dikenali sebagai Program Mengubah Destini Anak Bangsa (MDAB) UiTM. Ia merupakan program Corporate Social Responsibily universiti yang berasaskan kepercayaan bahawa seseorang individu mampu berusaha untuk mencapai kecemerlangan melalui pemindahan ilmu dan penerapan nilai-nilai murni.

Selain daripada itu, program ini juga bertujuan untuk memberi peluang kepada pelajar - pelajar dari golongan yang kurang berkemampuan untuk meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi. Dua program yang utama yang ditawarkan di bawah program ini adalah Pra Diploma Perdagangan dan Pra Diploma Sains.

 

Syarat Kemasukan

Syarat Am Dan Khas Program

 

 

PRA DIPLOMA PERDAGANGAN

Syarat AM Universiti : 

Lulus SPM atau yang diiktiraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dengan mendapat minima tiga (3) kredit termasuk Bahasa Melayu.

DAN : Lulus Sejarah (Mula digunapakai SPM 2013)

Syarat Khas Program:

• Lulus Matematik / Matematik Tambahan

• Lulus Bahasa Inggeris

 

PRA DIPLOMA SAINS

Syarat AM Universiti : 

Lulus SPM atau yang diiktiraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dengan mendapat minima tiga (3) kredit termasuk Bahasa Melayu.

DAN : Lulus Sejarah (Mula digunapakai SPM 2013)

Syarat Khas Program : Kepujian Matematik / Matematik Tambahan

DAN : Lulus Bahasa Inggeris

SERTA : Lulus satu (1) daripada mana-mana matapelajaran yang berikut:

• Fizik • Biologi • Sains Tambahan • Kimia

 

Syarat Tambahan

  • Pendapatan isi keluarga kurang daripada RM4000 bagi kategori PPT- B40

Tiada had pendapatan isi keluarga bagi kategori PPT - Orang Asli

Tiada had pendapatan isi keluarga bagi kategori PPT - Atlet

Calon yang layak memohon : Lepasan SPM tahun semasa dan 5 tahun ke belakang - contoh : 2020 (tahun semasa),2019, 2018, 2017, 2016, 2015

Permohonan adalah dipelawa daripada calon-calon Melayu, Orang Asli, Anak Negeri Sabah/Sarawak, WARGANEGARA MALAYSIA sahaja

 

Maklumat Lanjut Sila Layari

 https://pppt.uitm.edu.my/

 

Contacts

  webmedia @ kelantan.uitm.edu.my
  +609-9762000/3000
  +609-976 2001
  Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Kelantan 18500 Machang , Kelantan, Malaysia

Follow us on