Institute of Graduate Studies

Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kampus Kota Bharu adalah kampus bandar UiTM Kelantan. Kami merupakan kampus negeri ke-9 dalam sistem UiTM dan universiti kami adalah antara universiti awam yang terulung di Malaysia yang telah mengalami pertumbuhan yang luar biasa sejak penubuhannya pada tahun 1956. Penubuhan Universiti ini adalah berdasarkan kepada visi kesarjanaan dan kecemerlangan akademik yang mampu menyediakan kepimpinan dalam semua bidang pengajian profesional yang diiktiraf di peringkat antarabangsa. Selama penubuhannya, UiTM telah membina infrastruktur pendidikan ke tahap yang setanding dengan universiti-universiti antarabangsa.

UiTM Kampus Kota Bharu melalui program-program pasca siswazah, menawarkan pelbagai kajian yang direka untuk memenuhi keperluan dan keutamaan individu. Program-program ini disusun dengan pendekatan interdisiplin yang merangkumi 'kedalaman dan keluasan' dengan rangka kerja kursus menyediakan kandungan teori yang diperlukan untuk fungsi-fungsi pengurusan. Sebaliknya keperluan tesis menekankan kedua-dua akademik dan penyelidikan industri, bergantung kepada pengalaman profesional dan keutamaan calon.

Usaha Taqwa Mulia

uitmdihatikuputih

Contacts

  webmedia @ kelantan.uitm.edu.my
  +609-9762000/3000
  +609-976 2001
  Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Kelantan 18500 Machang , Kelantan, Malaysia

Follow us on