Academy of Language Study

Akademi Pengajian Bahasa UiTM Cawangan Kelantan bertanggungjawab memenuhi semua keperluan bahasa Inggeris serta bahasa ketiga (bahasa Arab dan Mandarin) untuk setiap fakulti bagi keperluan pelajar universiti. Akademi Pengajian Bahasa di UiTM Cawangan Kelantan mempunyai seramai 38 orang pensyarah yang berkhidmat di dua jabatan iaitu Jabatan Bahasa Inggeris dan Linguistik serta Jabatan Bahasa Asia dan Eropah.

Pada tahun 1985, jawatan Koordinator Bahasa telah diwujudkan untuk semua kampus cawangan bagi menyelaras perkhidmatan pengajaran bahasa kepada fakuti-fakulti di kampus cawangan. Mulai tahun 2011, jawatan Koordinator Bahasa telah ditukar nama kepada Ketua Unit Pengajian dan tugas beliau dibantu oleh beberapa orang penyelaras bahasa. 

Usaha Taqwa Mulia

uitmdihatikuputih

Contacts

  webmedia @ kelantan.uitm.edu.my
  +609-9762000/3000
  +609-976 2001
  Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Kelantan 18500 Machang , Kelantan, Malaysia

Follow us on