Kolej / Penginapan

4

Unit Pengurusan Kolej dan Non-Resident bertanggungjawab dalam mengurus operasi dan pentadbiran lima kolej kediaman dan non-resident. Fungsi utama UPKNR adalah menyediakan kemudahan kediaman pelajar dan  bukan sahaja menyediakan bilik untuk menginap sahaja tetapi ianya turut melibatkan pelbagai kemudahan lain yang boleh menjana dan membentuk keperibadian pelajar yang tinggal disitu. Sehinggakan kemudahan kediaman pelajar yang tradisional berubah menjadi kompleks yang serba lengkap dengan pelbagai kemudahan.

Senarai Kolej Kediaman;

  1. Kolej Tunku Ab Rahman 
  2. Kolej Tun Abd Razak 
  3. Kolej Tun Hussien Onn 
  4. Kolej Dato' Onn 
  5. Kolej Tun Dr Mahathir 
  6. Non Residen 

 Laman Sesawang UPKNR UiTM Kelantan

Sokongan Pelajar

dollar coin stack
BIASISWA / BANTUAN KEWANGAN

Aktiviti Pembangunan Pelajar

Kempimpinan Pelajar
UKP

Unit Kepimpinan Pelajar (UKP) berperanan melaksanakan program pembangunan diri dan kepimpinan pelajar selaras dengan dasar-dasar pembangunan pelajar UiTM iaitu melahirkan graduan yang memenuhi 21 ciri model graduan. UKP juga bertangunggjawab menjalankan kursus dan seminar yang bercirikan laihan bersepadu (aspek fakta, mental, emosi dan kerohanian). Kursus dan seminar yang dijalankan oleh UKP adalah sejajar dengan keputusan pengurusan tertinggi UiTM di mana pelajar di peringkat diploma dan ijazah sarjana muda perlu menghadiri modul-modul latihan untuk pembangunan diri dan kepimpinan mahasiswa/i.

Kokurikulum Pelajar

kokuriklulum

Kursus-kursus kokurikulum UiTM adalah Kursus Universiti Berkredit telah diperkenalkan sejak tahun 1976 bertujuan menawarkan program pembangunan pelajar yang bersepadu dan berterusan serta mempunyai tambah nilai bagi melahirkan graduan bersifat holistik dan cemerlang dengan kebolehpasaran yang tinggi.  Ianya juga selari dengan agenda penting dasar pembangunan pelajar berteraskan kemahiran insaniah oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPT)

 
 
 
 
 

Kebudayaan dan Kesenian

budaya

Unit Kebudayaan dan Kesenian ini juga turut menyelaras aktiviti Persatuan Kebudayaan dan Kesenian UiTM Cawangan Kelantan. Di bawah persatuan ini terdapat Kumpulan Tarian Tradisional dan Moden, Kumpulan Drama & Teater, Kumpulan Koir & Pengucapan Puisi, Kumpulan Paluan Kompang & Gendang dan Kumpulan Kugiran. Selain daripada itu juga unit ini sedang merancang untuk menyelaras aktiviti-aktiviti seni halus, lukisan dan sastera

 
 
 
 
 

Sukan dan Rekreasi

sukan

Unit Sukan berperanan sebagai penggerak dan menyelaras dalam merancang dan melaksanakan kegiatan sukan staf dan pelajar universiti. Unit Sukan bertanggungjawab mengurus, mengawal, dan menyelenggara kemudahan sukan. Antara kemudahan sukan yang disediakan untuk kegunaan staf dan pelajar ialah gymnasium, padang bola sepak dan ragbi, gelanggang bola jaring, gelanggang bola keranjang, gelanggang bola baling, gelanggang bola tampar, gelanggang sepak takraw, gelanggang badminton, gelanggang silat dan taekwondo.

 
 
 
 
 

2

uitmdihatikuputuih

Hubungi Kami

Universiti Teknologi MARA (UiTM)
Cawangan Kelantan
18500 Machang , Kelantan, Malaysia

Tel   : +609-976 2000 / 3000
Faks : +609-976 2001
Teknikal (Pentadbir Laman Web) : webmedia@kelantan.uitm.edu.my