itm lamaUniversiti Teknologi MARA Kelantan Cawangan Kampus Machang yang dahulunya dikenali dengan Institut Teknologi MARA, kampus cawangan yang ke 9 telah dirasmikan penubuhannya pada 01 Julai 1985 oleh YAB Tan Sri Dato’ Haji Mohamad bin Yaakob, Menteri Besar Kelantan pada ketika itu. Penubuhan UiTM adalah hasil daripada kerjasama erat diantara pihak UiTM dengan Kerajaan Pusat. Hasil daripada kerjasama ini, Kerajaan Pusat telah memperuntukkan tanah seluas 12 ekar di Kem Kijang yang terletak kira-kira 8 kilometer dari bandar Kota Bharu yang dimiliki oleh

uitmck2

Majlis Pengakap Negeri Kelantan. Kerja-kerja mengubahsuai beberapa bangunan lama dan pembinaan bangunan baru telah dibiayai oleh Kerajaan Pusat dengan menelan belanja sebanyak RM 1.5 juta. UITMCK berkembang dengan pesat dalam usaha menjadi pusat pengajian tinggi premier di uitmckKelantan dan sentiasa berusaha dalam menjadikan UiTM sebagai sebuah World Class University. UiTM Cawangan Kelantan semakin berkembang dengan penubuhan Kampus Kota Bharu pada Julai 2007.